SERAMAI 2,000 penonton menghadiri tayangan secara langsung peringkat akhir Liga Juara-Juara di Hab Tampines Kita (OTH), awal pagi semalam.
Orang ramai memenuhi OTH, bukan sahaja di tingkat pertama tempat terletaknya skrin gergasi yang menayangkan perlawanan itu, malah di tingkat dua dan tiga bangunan tersebut.