Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

200,000 buku kerja berdasarkan hidup, nilai mendiang LKY akan diberi kepada pelajar

Mar 23, 2016 | 03:10 PM



KISAH keberanian, ketabahan dan sifat jimat mendiang Perdana Menteri Pengasas Lee Kuan Yew antara yang diabadikan dalam sebuah buku kerja bertajuk LKY: Follow That Rainbow, Go Ride It (LKY: Ikut Pelangi Itu, Naikilah Ia).



Buku kerja 64 halaman itu dilancarkan di Sekolah Menengah Bendemeer pada pagi Rabu (23 Mac) bagi memperingati ulang tahun pertama pemergian mendiang.



Ia diterbitkan oleh Straits Times Press dan dibangunkan oleh Pasukan Sekolah Straits Times. Ditaja oleh Mapletree Investments Private Limited dan Singapore Power, sehingga 200,000 naskhah akan diedar kepada semua sekolah menengah secara percuma.



Bagi Menteri Negara Kanan (Pejabat Perdana Menteri, Ehwal Luar dan Pengangkutan), Cik Josephine Teo, tetamu terhormat dalam majlis pelancaran itu, kandungan memilukan buku tersebut yang paling meninggalkan kesan.



Bercakap dalam majlis itu, Cik Teo berkata artikel dalam buku kerja tersebut, misalnya mengenai cita rasa sederhana mendiang dalam soal pakaian, membuat beliau mengenangkan kembali interaksi beliau dengan Encik Lee.



Cik Teo menceritakan pengalamannya bercakap dengan mendiang dalam perjalanan ke Australia pada 2007, apabila beliau bertanya Encik Lee mengapa beliau masih membawa beg bimbit dari 1970-an.



Encik Lee dengan bersahaja menjawab: "Ia masih berfungsi."



Kesederhanaan mendiang antara nilai yang buku kerja itu, yang meliputi kehidupan Encik Lee dari 1923 hingga 2015, harap dapat rangsang dalam diri pelajar.



Disasarkan pada remaja berumur 12 hingga 18 tahun, ia terdiri daripada keratan akhbar, gambar bersejarah dan kegiatan motivasi yang disusun berkisarkan empat nilai yang Encik Lee wakili: idealisme, keberanian, daya tahan dan ketabahan.



Pengarang buku itu, Cik Debra Ann Francisco, seorang bekas guru dan pakar Berita dalam Pendidikan di akhbar The Straits Times, memilih pendekatan berpusatkan nilai kerana beliau berharap pembaca akan menemui nilai-nilai itu dalam kehidupan mereka sendiri.



Ini buku kedua hasil ilham daripada mendiang Encik Lee yang ST Press hasilkan bagi pembaca muda. Buku pertama, What's Inside the Red Box (Apa Di Dalam Kotak Merah itu), diterbitkan Disember tahun lalu dan bagi kanak-kanak berusia tiga hingga tujuh tahun.



Buku kerja itu sesuai bagi pembaca berumur 12 hingga 18 tahun. Bagi sekolah atau institusi pendidikan yang ingin salinan percuma, sila hubungi Straits Times Press, 6319-8340, atau e-mel nigeltan@sph.com.sg




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >