Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

$200,000 lesap dalam penipuan ‘bayar dahulu, pinjam kemudian’

May 26, 2021 | 04:07 PM



LEBIH $200,000 lesap dalam penipuan yang melibatkan peminjam wang diminta membayar dulu wang pinjaman sebelum mendapatkan wang itu, dengan sekurang-kurangnya 20 laporan polis dibuat dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.



Polis mengeluarkan maklumat mengenai penipuan ini pada Rabu (26 Mei) untuk memberi amaran kepada pihak awam.



Menurut polis, mangsa akan menerima pesanan teks atau maklumat di laman web yang menawarkan pinjaman. 



Apabila mangsa memberi respons, mereka diarahkan ke perbualan Whatsapp, di mana mereka diminta memberikan butiran peribadi untuk memproses permohonan pinjaman.



Menyusuli itu, penipu akan mengirimkan surat atau e-mel palsu, yang dikatakan dari bank atau agensi pemerintah seperti Mahkamah Negara atau Penguasa Kewangan Singapura (MAS) yang memohon pembayaran yuran pemprosesan. 



“Surat-surat ini boleh menunjukkan yuran pemprosesan atau bayaran cukai diperlukan mengikut undang-undang sebelum pinjaman boleh diberikan,” kata polis.



“Mangsa hanya sedar mereka telah ditipu selepas mereka tidak menerima pinjaman seperti yang dijanjikan.”



Bulan lalu, polis berkata lebih $3.9 juta telah lesap dalam empat bulan pertama tahun ini menerusi penipuan di mana beberapa lelaki menyamar sebagai pegawai dari Mahkamah Tinggi atau Interpol.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >