Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

2018 tahun kelapan paling panas S'pura

Jan 15, 2019 | 04:37 PM



SINGAPURA mengalami tahun kelapan terpanasnya tahun lalu.



Sepanjang tahun lalu, suhu yang dicatat rata-ratanya lebih daripada suhu purata, dengan suhu tahunan purata mencapai 27.9 darjah Celsius.



Menurut Khidmat Kaji Cuaca Singapura (MSS) hari ini (15 Januari), ini adalah 0.2 darjah Celsius lebih tinggi berbanding suhu tahunan purata pada 2017, iaitu 27.7 darjah Celsius.



MSS menarik perhatian, Disember lalu merupakan bulan Disember kedua paling panas Singapura, dengan suhu bulanan purata 27.6 darjah Celsius, iaitu 0.1 darjah Celsius lebih rendah berbanding bulan Disember terpanas Singapura pada 2015, iaitu 27.7 darjah Celsius.



MSS berkata 10 tahun terpanas Singapura berlaku dalam tempoh 25 tahun lalu.



Malah, dekad yang lalu – antara 2009 dengan 2018 – juga merupakan dekad terpanas bagi Singapura dengan suhu purata 27.89 darjah Celsius.



MSS berkata ini menunjukkan trend pemanasan jangka panjang di Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >