Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

2020 catat rekod panas dan sejuk bagi S'pura

Jan 20, 2021 | 05:30 AM



TAHUN lalu tahun kelapan paling panas bagi Singapura.



Suhu purata di persekitaran republik ini tahun lalu ialah 28 darjah Celsius, iaitu 0.5 darjah Celsius lebih tinggi daripada suhu purata jangka panjang.



Suhu purata jangka panjang dari 2011 hingga 2020 Singapura ialah 27.94 darjah Celsius.



Selain itu, suhu lebih tinggi dirakam selama 28 bulan berturut-turut dari Februari 2018 hingga Jun 2020.



Lima bulan pertama tahun lalu lebih panas daripada biasa manakala tiga bulan pertama turut merakam paras air hujan berkurangan lebih 30 peratus.



Namun, penduduk Singapura berasa sejuk pada separuh kedua tahun lalu, terutama pada Jun dan September dengan suhu lebih sejuk daripada suhu purata dicatat di seluruh pulau.



Suasana yang sering digelar warganet sebagai 'musim salju' Singapura, atau sweater weather itu antara lain ekoran musim tengkujuh luar biasa dari arah barat daya pada September lalu.



Maklumat tersebut dikeluarkan oleh Khidmat Kaji Cuaca Singapura (MSS) dalam satu kenyataannya semalam.



MSS, yang berada di bawah naungan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), mengeluarkan kenyataan itu bagi menjelaskan sekilas dapatan kajian cuaca dan iklim 2020, Iklim dan Cuaca: Ulasan Tahunan.



Ringkasan dapatan kajian itu boleh dibaca di laman www.weather.gov.sg.



Ulasan itu dikeluarkan sebelum Laporan Penilaian Iklim Tahunan yang lebih terperinci diterbitkan pada Mac.



Menurut MSS, trend turun naik suhu di Singapura tahun lalu agak berbeza daripada trend global seperti yang diutarakan dalam laporan Keadaan Iklim Global 2020 terbitan Pertubuhan Kaji Cuaca Dunia (WMO).



Pada peringkat dunia, tahun lalu antara tiga tahun paling panas dalam sejarah walaupun fenomena La Niña menyejukkan suasana. Dekad mutakhir (2011 hingga 2020) juga dianggap sebagai dekad paling panas yang dirakam setakat ini.



Dari segi jumlah air hujan yang terakam di Singapura setiap tahun, MSS berkata stesen kaji iklim Changi mencatat paras 1,886.6 milimeter.



Jumlah tersebut bagaimanapun 12.9 peratus lebih rendah daripada purata jangka panjang tahunan biasa yang setinggi 2,165.9 milimeter.



Oleh sebab itu, selain bersuhu tinggi, Singapura tahun lalu merakam paras hujan kelapan terendah sepanjang 30 tahun lalu.



Namun, MSS berkata hujan yang lebih lebat dan kerap selama enam hari didapati berlaku pada 2020. Enam hari itu merupakan jumlah tertinggi sejak 2013.



Dalam pada itu, MSS mengetengahkan fenomena cuaca menarik, iaitu kesejukan Jun dan September akibat hujan lebat, rakaman suhu terendah di Singapura pada 16 September dan kejadian 14 Ribut Sumatera.



Misalnya, hujan lebat pada 23 Jun lalu menyebabkan banjir kilat berlaku di beberapa kawasan.



Musim tengkujuh pula menyejukkan Singapura September lalu hingga suhu terendah mencecah 20.9 darjah Celsius pada 16 September di Newton.



Menurut MSS, Ribut Sumatera merupakan barisan ribut petir yang menurunkan hujan lebat dan meniupkan angin kencang.



Secara keseluruhannya, Singapura menghadapi 45 Ribut Sumatera antara April dengan November setiap tahun tetapi 2020 menyaksikan republik ini mengharungi 50 ribut sedemikian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >