Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

2020 'tahun pembelajaran': Lawrence Wong

Oct 25, 2020 | 05:30 AM



SEMENTARA ramai orang akan menyifatkan tahun 2020 sebagai tahun pandemik Covid-19 dengan pelbagai cabaran dan kesulitan, ini juga boleh disifatkan sebagai tahun pembelajaran.



Menteri Pendidikan Lawrence Wong berkata krisis ini juga telah mendorong ramai orang keluar daripada zon selesa mereka serta mempertimbang bagaimana mereka boleh mempertingkat diri dan terus meraih pengetahuan baru.



Encik Wong yang juga Anggota Parlimen GRC Marsiling-Yew Tee berkata demikian semasa ditemui di acara North West SkillsFuture Marketplace yang berlangsung di Kelab Masyarakat Yew Tee semalam.



North West SkillsFuture Marketplace merupakan satu wadah hibrid yang antara lain membolehkan mereka yang sedang mencari pekerjaan mengikuti sesi temu duga dengan bakal majikan dalam satu acara fizikal serta membolehkan orang ramai menyertai webinar di dalam talian berhubung kemahiran.



Daya usaha itu dianjurkan CDC North West dan disokong oleh Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i) Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC).



Sebanyak lima majikan - Cold Storage Singapore Pte Ltd, E-Bridge Pre-School, Gain City, Methodist Welfare Services dan Sankyu Singapore Pte Ltd - turut ikut serta, dengan menawarkan lebih 450 pekerjaan.



Politeknik Ngee Ann (NP) turut tampil menawarkan peluang latihan sementara e2i juga hadir untuk memberi bimbingan kerjaya kepada penduduk.



Sementara tumpuan utama sekarang ialah pekerjaan, Encik Wong menggesa warga Singapura untuk berfikir bagaimana momentum ini dapat diteruskan agar SkillsFuture dapat benar-benar menjadi satu gerakan dan tabiat nasional bagi setiap warga Singapura.



Tambahnya, ramai orang telah memohon bagi kursus di bawah SkillsFuture, latihan dan program pelatih.



Sementara jumlah pemohon kian bertambah, tidak kesemua mereka sudah menyertai program latihan itu sejauh ini.



"Ini kerana sesetengah syarikat memerlukan masa untuk memperluas kursus yang ditawarkan... kerana kalau ramai orang memohon untuk menyertai kursus itu, syarikat ini memerlukan masa untuk memperluasnya," ujar Encik Wong.



Beliau juga menarik perhatian sesetengah kursus seperti dalam bidang teknologi infokom (ICT) yang amat popular di kalangan orang ramai.



"Kami sedang bekerja rapat dengan syarikat ini untuk memperluas jumlah kursus yang ditawarkan dan kami harap lebih ramai orang yang berminat dapat menyertainya secepat mungkin," katanya.



Encik Wong ditemani Mayor CDC North West, Encik Alex Yam, semasa berkunjung ke North West SkillsFuture Marketplace di CC Yew Tee semalam.



Mereka turut menyertai satu sesi dialog yang disiarkan secara langsung di Facebook bersama selebriti Patricia Mok dan Wang Lei.



Encik Yam berkata CDC North West giat menjalin kerjasama dengan rakan kerja masyarakat dan korporat yang dapat menggunakan kepakaran mereka untuk mempertingkat masyarakat dan membantu mereka memanfaatkan peluang yang wujud akibat pandemik Covid-19 sekarang.



"CDC (North West) akan terus memainkan peranan kami sebagai pengupaya... dengan mengumpulkan sumber serta memastikan peluang pekerjaan dan latihan lebih mudah diakses, membina keupayaan bagi ekonomi akan datang serta menghubungkan penduduk, majikan dan penyedia latihan," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >