Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

2021 bawa sinar harapan tapi perjuangan belum akhir: PM Lee

Amanat Tahun Baru: 2020 begitu mencabar bagi S'pura tetapi situasi Covid-19 dan ekonomi kini tunjuk tanda stabil
Jan 01, 2021 | 05:30 AM



SITUASI Covid-19 dan ekonomi Singapura telah menunjukkan tanda stabil tetapi belum tiba masanya untuk rakyat meraikan kejayaan, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong.



Bagaimanapun, Singapura tetap mengharapkan pemulihan pada 2021, meskipun kegiatan ekonomi dijangka kekal di bawah paras sebelum Covid-19 buat sementara waktu.



"Sekarang bukan masanya untuk meraikan kejayaan. Masa itu akan tiba.



"Buat masa ini, saya meminta sokongan anda untuk meneruskan usaha kita, dan jangan sesekali goyah dalam pusingan akhir perjuangan ini," ujar Encik Lee dalam amanat Tahun Baru semalam.



Mengimbas 2020, Encik Lee berkata ia merupakan tahun yang sangat mencabar bagi Singapura, dengan "Covid-19 merupakan satu perjuangan tidak henti-henti yang telah menguji sepenuhnya sumber-sumber dan keazaman kita".



Dengan usaha dan pengorbanan yang besar, Singapura telah dapat menstabilkan keadaan di negara ini, walaupun virus ini terus merebak dengan cepat di negara lain.



Singapura telah mencapai matlamat utama dalam melindungi nyawa dan memastikan rakyat selamat, kata Encik Lee.



Sedang Singapura memasuki Fasa Tiga dan vaksinasi telah pun bermula, negara ini dapat melihat sinar harapan.



"Tetapi ia tetap akan mengambil masa bagi memastikan jumlah orang yang mencukupi mendapatkan suntikan vaksin, sebelum kita dilindungi daripada satu lagi penularan besar wabak yang tidak terkawal," ujar Encik Lee.



Sementara itu, beliau mengingatkan warga untuk terus berdisiplin, dan mengamalkan langkah-langkah jarak selamat.



Dari segi ekonomi, Encik Lee berkata keadaan masih belum begitu kukuh, meskipun sudah ada tanda-tanda ia kembali stabil.



Kadar pengambilan pekerja telah meningkat, dan syarikat-syarikat berbilang negara (MNC) sedang membuat pelaburan baru yang ketara di Singapura.



"Selepas kemelesetan ekonomi yang paling teruk sejak kemerdekaan, kita mengharapkan pemulihan pada tahun 2021, meskipun pemulihan tidak akan setara, dan kegiatan ekonomi dijangka kekal di bawah paras sebelum tercetusnya wabak Covid-19 buat sementara waktu," kata Encik Lee.



Dalam amanatnya, Encik Lee berkata apa yang ketara dalam respons Singapura memerangi Covid-19 ialah kepercayaan rakyat terhadap sistem dan antara satu sama lain.



"Di kebanyakan negara, Covid-19 telah memburukkan lagi ketegangan yang telah wujud sekian lama dan menimbulkan ketegangan baru.



"Singapura bernasib baik kerana kita dapat mengelakkan daripada berlakunya perpecahan dalam kalangan rakyat, dan juga sikap pesimis serta rasa hilang kepercayaan seperti yang telah berlaku di negara-negara lain," ujarnya.



Kepercayaan terhadap sistem Singapura kekal tinggi, kata PM Lee.



"Rakyat Singapura bekerjasama dengan pemerintah dan mematuhi peraturan Covid-19, kerana pemerintah telah bersikap telus and jujur dalam menyampaikan fakta-fakta, dan memperkukuh kepercayaan anda bahawa ia sedang melakukan yang terbaik untuk menangani krisis ini," ujar Encik Lee.



Tiada siapa yang pasti mengenai keadaan dunia selepas Covid-19. Tetapi Singapura mesti bangkit lebih kukuh daripada pengalaman krisis ini, kata Encik Lee.



"Generasi baru rakyat Singapura telah membuktikan bahawa kita mampu untuk memastikan negara kecil kita boleh terus wujud, dan berjaya.



"Tetapi, perjuangan menentang Covid-19 belum lagi berakhir. Dalam bulan-bulan dan tahun-tahun yang akan datang, kita akan menghadapi rintangan baru dan tidak dijangkakan.



"Banyak perkara boleh berlaku yang membuat kita terpaksa mengubah rancangan kita. Tetapi selagi kita kekal bersama sebagai satu Singapura, saya yakin kita akan sama-sama maju ke hadapan," kata Encik Lee.




KEPERCAYAAN WARGA KUNCI NEGARA ATASI KRISIS COVID-19



"Di kebanyakan negara, Covid-19 telah memburukkan lagi ketegangan yang telah wujud sekian lama dan menimbulkan ketegangan baru. Singapura bernasib baik kerana kita dapat mengelakkan daripada berlakunya perpecahan dalam kalangan rakyat, dan juga sikap pesimis serta rasa hilang kepercayaan seperti yang telah berlaku di negara-negara lain. Rakyat Singapura bekerjasama dengan pemerintah dan mematuhi peraturan Covid-19, kerana pemerintah telah bersikap telus and jujur dalam menyampaikan fakta-fakta, dan memperkukuh kepercayaan anda bahawa ia sedang melakukan yang terbaik untuk menangani krisis ini."
- PM Lee Hsien Loong.




TEKS PENUH AMANAT TAHUN BARU PM:



Kepercayaan terhadap sistem penting dalam respons perangi Covid-19: PM



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >