Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

2021 diisytihar Tahun Merai Wanita SG

Jan 30, 2021 | 06:49 PM



TAHUN 2021 telah diisytiharkan sebagai 'Tahun Merai Wanita Singapura', umum Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, pada Sabtu (30 Disember).



Menurutnya, sedang sumbangan wanita penting bagi kisah Singapura, matlamatnya ialah meraikan kemajuan dan potensi wanita merentasi masyarakat.



"Kita akan meraikan peranan berbilang aspek wanita kita merentasi masyarakat dan kita juga akan meraikan lelaki yang membantu melenyapkan stereotaip, mengubah pemikiran dan memainkan peranan aktif dalam menyokong dan menaiktarafkan wanita," jelas Encik Masagos.



Tumpuan Singapura pada isu wanita mula meraih momentum tahun lalu apabila pemerintah mengumumkan ia akan mengendalikan semakan isu yang menjejas wanita, membawa pada perubahan bentuk pemikiran tentang nilai seperti kesaksamaan jantina dan rasa hormat pada wanita.



Komponen utama dalam semakan ini adalah siri dialog yang dikenali sebagai Conversations on Singapore Women's Development yang bermula pada September tahun lalu.



Segala butiran perbincangan dan usulan dikumpulkan daripada siri dialog ini. Ia kemudian akan menjadi asas Kertas Putih yang akan dibentangkan di Parlimen pada separuh kedua tahun ini (2021). 



Kertas Putih ini akan mengandungi usulan bagi kemajuan berterusan wanita di Singapura.



Berucap secara sampingan dalam dialog maya pada Sabtu, Encik Masagos berkata bersama dengan sesi dialog dan Kertas Putih yang dirancang, usaha seluruh masyarakat dalam membentuk negara lebih inklusif diperlukan di samping mewujudkan dan melaksanakan huraian yang akan memajukan kehidupan wanita di sini.



"Kami akan terus bekerjasama rapat dengan anda dalam mewujudkan bersama dan memangkinkan huraian yang akan memindahkan pemikiran masyarakat dalam membangun masyarakat lebih adil dan lebih inklusif buat lelaki dan wanita kita...



"Secara sejagat, wanita berdepan dengan risiko lebih tinggi dari segi kehilangan pendapatan dan keganasan yang meningkat, eksploitasi atau penderaan seksual. Walaupun usaha melindungi dan menaiktarafkan wanita Singapura dijalankan, mereka tidak terkecuali daripada terdedah dengan perkara-perkara ini, sesetengahnya mungki bertambah kerana Covid-19," tambahnya.



Sepanjang tahun ini, Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) akan menganjurkan beberapa acara sambutan dan kegiatan sebagai sebahagian daripada pergerakan wanita.



Sejak September tahun lalu, sebanyak 23 sesi sembang maya telah menarik lebih 1,000 peserta termasuk ibu bekerja, suri rumah, pemimpin wanita, lelaki dan belia. Hingga separuh kedua tahun ini, sekitar lebih 100 dialog lagi akan diadakan.



Satu isu utama yang kerap diulangi dalam setiap sesi dialog sejauh ini adalah usaha menggalak perubahan pemikiran tentang stereotaip jantina dan peranan jantina tradisional, dedah Encik Masagos.



"Peserta telah melahirkan keprihatinan mereka bahawa peranan tradisional lelaki dan wanita kekal kukuh di benak masyarakat hari ini dan mungkin menghalang kita daripada mencapai kesaksamaan antara lelaki dan wanita," katanya.



Beliau menambah stereotaip sebegini mungkin menghalang lelaki daripada lebih terlibat dalam tugasan di rumah manakala majikan pula mungkin kurang menyediakan aturan tugas lebih fleksibel bagi mengimbangi tanggungjawab penjagaan dan domestik antara lelaki dan wanita.



Isu-isu lain yang ditimbulkan dalam sesi dialog ini termasuk menangani keganasan keluarga dan seksual serta memperkukuh sokongan bagi pembangunan latihan dan kerjaya wanita.



Semakan menyeluruh isu wanita ini tercetus dengan laporan beberapa kes salah laku mahasiswa mengintai di kampus.



Apabila Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam mengumumkan semakan ini tahun lalu, beliau berkata isu seperti keganasan seksual, kes intaian dan layanan tidak saksama dalam pejabat berdasarkan jantina seseorang harus dianggap "pelanggaran mendalam nilai-nilai dasar".



Dialog pada Sabtu (30 Januari) ini dianjurkan Majlis Rangkaian Perpaduan Wanita Persatuan Rakyat (PA) dan melibatkan 50 peserta.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >