Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN SOSIAL DAN KELUARGA

2022 diisytihar Tahun Meraikan Keluarga

Satukan warga rai peranan penting keluarga dalam kehidupan, galak luang masa bersama, gembleng seluruh masyarakat
Mar 11, 2022 | 05:30 AM



TAHUN 2022 akan diisytiharkan sebagai Tahun Meraikan Keluarga Singapura (YCF), umum Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



YCF menurut beliau bertujuan menyatukan warga Singapura untuk meraikan peranan penting keluarga dalam kehidupan selain menggalak keluarga untuk menghabiskan masa bersama serta menggembleng seluruh masyarakat bagi menyokong keluarga.



Kempen baru itu akan bermula esok dan akan diterajui Families for Life (FFL), dengan sokongan Perikatan untuk Bertindak bagi Mengukuhkan Perkahwinan dan Hubungan Keluarga.



Ia juga melibatkan agensi pemerintah, sektor privet, rakan kongsi masyarakat termasuk agensi M Kuasa Tiga (M3) - dibentuk Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Yayasan Mendaki dan Majlis Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra) dan individu.



Antara inisiatifnya termasuk FamilyTrees, satu kerjasama antara Lembaga Taman Negara (NParks) dengan FFL untuk meraikan hubungan kukuh kekeluargaan antara generasi yang akan dilancarkan esok.



Inisiatif itu akan membenarkan ibu bapa memperingati kelahiran anak dengan menanam pokok, yang akan menjadi peringatan tentang peranan yang dimainkan keluarga dalam kehidupan semua, kata Encik Masagos.



Semua keluarga yang mempunyai anak yang dilahirkan tahun ini, layak menerima peluang ini.



Satu zon keluarga baru di Gardens by the Bay juga akan dilancarkan pada lewat 2022.



Keluarga juga boleh menjangkakan Minggu Keluarga Nasional semasa cuti bulan Jun ini, yang juga akan menjadi acara tahunan pada bulan Jun.



Ia akan bermula dari 4 Jun hingga 12 Jun tahun ini, dan pelbagai acara, promosi, program pendidikan kehidupan keluarga serta temasya kekeluargaan boleh dijangkakan.



Acara itu juga akan melancarkan sumber nilai keluarga FFL, yang akan menggariskan nilai keluarga utama seperti cinta, kasih sayang, komitmen dan hormat-menghormati.



Satu maskot baru - Becky Bunny akan diperkenal untuk membantu ibu bapa dengan anak kecil dan mengambil bahagian dalam kegiatan bersama.



Di samping itu, MSF juga sedang berusaha memperkukuh sokongan perkahwinan, kata Encik Masagos.



Ia akan menambah jumlah pusat yang menawarkan Program Memperkukuh Keluarga di Pusat Khidmat keluarga kepada 10, naik daripada lima, menjelang akhir tahun ini.



Pusat itu menawarkan ruang selamat bagi keluarga mengongsi hal peribadi mereka untuk mendapatkan bantuan profesional selain membangunkan daya tahan dalam keluarga.



Pihak kementerian juga akan mendekati orang awam dan individu berkepentingan menerusi rangkaian Perikatan untuk Bertindak bagi Mengukuhkan Perkahwinan dan Hubungan Keluarga serta rakan kongsi bagi meninjau bagaimana memperkukuh keluarga bersama sebagai satu masyarakat.



Ini akan digabungkan dalam Pelan Raikan Keluarga Singapura, yang akan didedahkan semasa Simposium Serantau Konsortium Ketiga Institusi Keluarga di Rantau Asia (CIFA) dan Persidangan Keluarga Asia Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) pada November tahun ini.



Dalam ucapan dalam bahasa Melayu, Encik Masagos menekankan bahawa pemerintah akan terus berganding bahu dengan masyarakat untuk memperkasa institusi keluarga sambil menukil Program Bersama.



"Tiga tahun lalu, kami memulakan Program Bersamamu, di mana para kadi dan naib kadi membimbing mempelai Melayu/Islam sepanjang dua tahun pertama perkahwinan mereka.



"Hari ini, lebih 14,500 pasangan berjaya memanfaatkan program ini," ujarnya, dalam bahas belanjawan kementeriannya di Parlimen semalam.



Beliau juga menggesa agar keluarga memanfaatkan bulan Ramadan akan datang untuk mengeratkan silaturahim dengan keluarga dan masyarakat, sambil mematuhi langkah-langkah jarak selamat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >