Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, MASYARAKAT DAN BELIA (MCCY)

$20j diperuntuk bagi tingkatkan acara, kemudahan sukan

'Bring Sport Back' bertujuan antara lain mudahkan pengenalan semula acara penyertaan besar-besaran
Mar 11, 2022 | 05:30 AM



MENTERI Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong, semalam mengumumkan bahawa $20 juta akan diperuntukkan kepada rancangan untuk meningkatkan dan memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk sukan.



Dipanggil 'Bring Sport Back', rancangan itu bertujuan untuk memudahkan pengenalan semula acara penyertaan besar-besaran seperti larian masyarakat, meningkatkan program dan mengoptimumkan kemudahan sukan.



"(Rancangan) ini direka untuk menyemarakkan semula sukan Singapura, membawa orang ramai kembali bermain dan menikmati sukan bersama-sama, dan melalui sukan, berhubung semula dengan satu sama lain," kata Encik Tong.



Dalam usaha memulakan acara penyertaan besar-besaran, agensi kebangsaan Sport Singapore (SportSG) akan membuka geran untuk membiayai acara dan festival sedemikian dalam usaha memudahkan pengenalan semula acara tersebut dengan selamat, tambah Encik Tong, yang bercakap semasa perbahasan belanjawan kementeriannya.



Edisi Geran Acara Teradun-Bring Sport Back, yang akan bernilai hingga $50,000 bagi setiap anugerah, akan dilancarkan mulai bulan ini dan bertujuan untuk menyokong sekitar 40 acara atau festival gabungan tahun ini.



Permohonan akan dibuka selama empat minggu dan acara yang disasarkan untuk sokongan akan menampilkan penyertaan fizikal antara 1,000 dengan 3,000 orang setiap satu - tertakluk kepada langkah pengurusan selamat - dan mungkin ditambah dengan penyertaan maya.



Inisiatif terbaru untuk menyokong industri acara sukan itu adalah sebahagian daripada Pakej Daya Ketahanan Sukan (SRP) di mana beberapa geran pembangunan keupayaan ditawarkan oleh pemerintah sejak permulaan pandemik Covid-19.



Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) telah pun menyalurkan sekitar $75 juta ke dalam SRP sejak Oktober 2020, yang membantu sektor sukan mengharungi pandemik itu sambil mendorong pendigitalan dan pembangunan keupayaan untuk perniagaan.



Sekitar 600 perniagaan unik dan lebih 300 orang yang bekerja sendiri telah disokong di bawah pakej tersebut.



Sebagai sebahagian daripada rancangan 'Bring Sport Back', SportSG juga akan menyediakan lebih banyak peluang pertandingan untuk warga Singapura sepanjang tahun.



Bulan lalu, Piala ActiveSG menampilkan pertandingan bola sepak dan bola keranjang untuk belia berumur 13 hingga 19 tahun.



Liga ActiveSG untuk sukan lain - iaitu olahraga; berkanu; tenis; badminton; bola keranjang dan bola tampar - juga akan dilancarkan dan menyediakan peluang bermain untuk sekitar 22,000 remaja tahun ini.



Kemudahan sukan juga akan dioptimumkan untuk menggalak orang ramai kembali melakukan kegiatan, dan rancangan termasuk ruang yang diguna semula untuk pelbagai jenis sukan, dan menukar ruang yang kurang digunakan menjadi gim luar, kata Encik Tong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >