Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

21 anggota cawangan gereja tidak berdaftar dari Korea ditangkap

Nov 11, 2020 | 09:48 PM



PEGAWAI dari Jabatan Siasatan Jenayah (CID) telah menahan sembilan lelaki dan 12 wanita pada 9 November lalu kerana disyaki merupakan anggota pertubuhan tidak sah di bawah Seksyen 14(3) Akta Persatuan, Bab 311.



Kenyataan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) pada Rabu malam (11 Nov) berkata sembilan lelaki itu berusia antara 22 dengan 31 tahun sementara wanita-wanita itu berusia antara 21 dengan 49 tahun.



Siasatan awal menunjukkan mereka terlibat semula dalam kegiatan yang mempunyai hubungan dengan cawangan setempat tidak berdaftar daripada gereja Shincheonji Church of Jesus the Temple of the Tabernacle of the Testimony (SCJ), yang berpusat di Korea Selatan.



Sekumpulan sembilan wanita berusia antara 22 dengan 52 tahun dan dua lelaki berusia 23 dan 36 tahun sedang membantu siasatan polis.



MHA berkata SCJ ditubuhkan warga Korea Selatan Lee Man-Hee pada 1984, dan telah dilabel sebagai kultus di beberapa negara disebabkan ajaran tidak ortodoks beliau.



Berdasarkan keterangan bekas anggota, Lee mendakwa beliau sebagai kedatangan kedua Christ yang akan membawa 144,000 orang ke syurga bersamanya pada Hari Kiamat.



Menurut bekas pengikut SCJ, Lee mendakwa hanya dirinya sahaja yang boleh mentafsirkan kitab Injil dan SCJ menganggap gereja serta paderi lain sebagai pengikut syaitan.



SCJ juga mengajarkan bahawa penipuan dan pembohongan boleh diterima jika ia adalah demi Tuhan. Ia telah dituduh menyusup masuk dan mengganggu gereja-gereja mapan Korea dengan menggunakan helah dan kerahsiaan untuk menipu individu supaya menyertai mereka. 

 

"MHA sebelum ini telah menyiasat kegiatan kumpulan SCJ setempat pada Februari 2020 kerana mereka menggunakan kaedah pengambilan yang berunsur penipuan, mirip yang digunakan SCJ di Korea Selatan, untuk mempengaruhi belia dan dewasa muda Kristian di Singapura, serta untuk menyembunyikan kewujudannya dari ahli keluarga dan kenalan bukan SCJ," kata kenyataan tersebut.



Berikutan siasatan itu, lima warga Korea Selatan yang dikenalpasti sebagai menyandang jawatan utama dalam cawangan tersebut di sini, telah dihantar pulang ke negara asal pada Februari 2020 dan entiti hadapan kumpulan tersebut dibubarkan.



Anggota cawangan setempat itu juga telah diberi amaran untuk berhenti melakukan semua kegiatan SCJ selanjutnya, kata MHA.



Namun, cawangan SCJ setempat itu telah meneruskan aktiviti mereka secara rahsia di bawah arahan SCJ di Korea Selatan.



Oleh itu, CID kini sedang menjalankan siasatan terhadap anggota cawangan setempat SCJ itu bagi kesalahan di bawah Akta Persatuan.



"MHA tidak akan membenarkan anggota persatuan tidak berdaftar atau individu yang berkaitan dengan mereka mengancam keselamatan awam, keamanan dan ketenteraman Singapura," tegas MHA.



Mereka yang didapati bersalah menyertai persatuan haram di bawah Seksyen 14(3) Akta Persatuan, Bab 311, boleh dipenjarakan sehingga tiga tahun atau didenda sehingga $5,000 atau kedua-duanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >