Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

21 kes Covid-19 dikesan di 119 Bukit Merah View; ujian wajib buat penduduk blok, blok jiran

Jun 19, 2021 | 11:37 PM



KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) sedang menyiasat kemungkinan jangkitan Covid-19 menjalar di kejiranan Bukit Merah View menyusuli pengesanan 21 kes jangkitan koronavirus di sembilan isi rumah berbeza di Blok 119 Bukit Merah View.



Dalam satu kenyataan pada Sabtu malam (19 Jun), MOH menjelaskan cebisan virus juga dikesan dalam contoh air buangan yang dikumpulkan daripada beberapa blok di kejiranan itu.



Siasatan epidemiologi sedang diteruskan bagi mengenal pasti hubung kaitnya dan sumber jangkitan.



Lantaran itu, bagi memastikan sebarang jangkitan masyarakat yang tidak dikesan dapat dikekang daripada meluas, MOH akan mengendalikan ujian Covid-19 wajib bagi semua penduduk blok 116, 117, 118, 119, 124A, 124B, 125 dan 126 Bukit Merah View.



Bagi mereka yang sudah diuji negatif Covid-19 dari 15 Jun hingga hari-hari selepas itu, pilihan boleh dibuat sama ada mereka ingin menjalani ujian yang disediakan itu.



Seandainya terdapat individu positif Covid-19 yang dikesan, MOH akan mengasingkan kes ini, mengenal pasti semua kontak rapatnya, menguji dan memberi perintah kuarantin kepada mereka bagi melindungi masyarakat daripada jangkitan lanjutan.



MOH menambah bagi mengesan kes yang tiada tanda jangkitan dalam masyarakat, MOH juga akan mengendalikan ujian Covid-19 sukarela buat pengunjung dan sesiapa yang berinteraksi dengan penduduk blok 116, 117, 118, 119, 124A, 124B, 125 dan 126 Bukit Merah View antara 5 hingga 19 Jun 2021.



"Kami menggalak individu ini agar tampil menjalani ujian. Kedua-dua ujian wajib dan sukarela akan dikendalikan di pavilion estet yang khusus di Bukit Merah View pada 20 dan 21 Jun," kata MOH.



Menurut MOH, kumpulan penduduk blok 116 dan 117 Bukit Merah View akan menjalani ujian di pavilion estet di 125A Bukit Merah View antara 9 pagi dengan 5 petang.



Kumpulan di blok 118 dan 119 Bukit Merah View pula akan menjalani ujian di pavilion estet di 118A Bukit Merah View antara 9 pagi dengan 4 petang.



Manakala penduduk blok 124A, 124B, 125 dan 126 Bukit Merah View pula akan menjalani ujian di pavilion estet di 128A Bukit Merah View antara 9 pagi dengan 4 petang.



Semua penduduk perlu membawa kad pengenalan mereka bagi mengenal pasti identiti masing-masing. Risalah telah diedarkan dan SMS juga dikirimkan kepada penduduk bagi memberi mereka lebih banyak maklumat.



Sementara itu, MOH juga menasihati penduduk agar memantau kesihatan mereka secara rapi. Mereka diminta berjumpa doktor segera jika rasa tidak sihat badan. 



Individu yang sedang menanti keputusan ujian mereka pula dinasihatkan agar mengurangkan interaksi sosial mereka seberapa yang boleh. Mereka harus terus memantau kesihatan mereka dan mendapatkan rawatan segera jika tidak sihat badan.



Blok-blok yang tertera ini adalah dalam kejiranan Pasar dan Pusat Makanan Bukit Merah, yang kini merupakan kelompok terbesar dengan 70 kes sejauh ini.



 



 



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >