Subuh
5:56
Syuruk
7:13
Zuhur
1:17
Asar
4:27
Maghrib
7:19
Isyak
8:28
Dapatkan laporan terkini berkaitan Covid-19. Ikuti kami di Telegram
Setempat0

21 orang ditangkap kerana tinggal di S’pura melebihi waktu, gajikan pesalah imigresen

Aug 03, 2019 | 12:11 PM

SERAMAI 20 lelaki dan satu wanita telah ditangkap antara 29 Julai dan 2 Ogos tahun ini, atas kesalahan berkaitan imigresen dalam satu operasi penguatkuasan selama seminggu yang dijalankan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) di pelbagai lokasi di serata Singapura.

Mereka yang berusia antara 21 hingga 55 tahun itu terdiri daripada warga Bangladesh, Nepal, Sri Lanka dan Vietnam serta seorang penduduk tetap dan tiga warga Singapura.

Operasi itu meliputi premis komersial dan kediaman di kawasan seperti Bedok, Bugis, Changi, Little India, Pasir Ris dan Serangoon.

Kesalahan berkaitan imigresen yang dilakukan oleh 21 orang itu termasuk menginap di Singapura melebihi jangka masa yang ditetapkan dan pengambilan pekerjaan pesalah imigresen.

Beberapa pesalah imigresen itu didapati terlibat dalam kerja-kerja yang berkaitan dengan pembinaan serta dalam industri makanan dan minuman.

Berita Popular

Siasatan sedang lagi dijalankan.

ICA mengambil pandangan serius mengenai percubaan untuk menginap melebihi jangka masa yng ditetapkan, masuk atau keluar dari Singapura secara haram.

Di bawah Akta Imigresen (Cap 133), denda bagi penginapan berlarutan dan kemasukan secara haram adalah hukuman penjara sehingga enam bulan ditambah pula dengan sekurang-kurangnya tiga kali sebatan.

Mereka yang didapati keluar Singapura secara haram boleh dikenakan denda sehingga $2,000, hukuman penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya.

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map