Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

21 pekerja SingPost terima anugerah Duta Terbaik Tahunan

Oct 14, 2017 | 05:30 AM



SERAMAI 21 pekerja SingPost yang telah memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan telah diiktiraf dengan anugerah Duta Terbaik Tahunan kelmarin.



Anugerah tersebut disampaikan sempena Hari Pos Sedunia dan kesemua pemenang telah dipilih daripada seluruh kumpulan SingPost, termasuk anak syarikatnya CouriersPlease, Famous Holdings, Quantium Solutions, SP eCommerce dan SP Parcels.



SingPost menyampaikan sebanyak 480 Anugerah Penghargaan kepada kakitangannya semasa majlis penyampaian anugerah tersebut.



Jumlah tersebut meningkat daripada 455 anugerah yang diagihkannya pada tahun lalu.



Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Encik Paul Cotts, berkata: "Pekerja kami adalah aset yang paling berharga dan pemenang telah menunjukkan apa yang dimaksudkan dengan khidmat yang memberikan tumpuan kepada pelanggan dan menyediakan apa yang diperlukan pelanggan."



Beliau menambah bahawa ini termasuk mereka yang berkhidmat di barisan hadapan seperti pekerja penghantaran atau mereka yang menyediakan khidmat pelanggan di pejabat pos, hinggalah kepada khidmat di belakang tabir, di mana mereka bekerja untuk memenuhi permintaan pelanggan dan memproses pakej dengan baik sepanjang tahun.



Encik Cotts berkata: "Tidak kira berapa maju kami dari segi digital, sentuhan manusia dalam perniagaan kami semakin penting dan ia menyempurnakan pengalaman SingPost kami.



"Sementara kami menjalani perubahan, membangunkan perniagaan kami dan memandang ke hadapan, kami akan terus mengiktiraf sumbangan kakitangan kami. Tiada kejayaan dan pembangunan yang boleh dicapai tanpa dedikasi serta kerja keras mereka."



Penerima anugerah tersebut dikenal pasti berdasarkan prestasi mereka di tempat kerja, pujian daripada pelanggan dan usaha mereka menegakkan nilai SingPost termasuk amanah, tumpuan kepada pelanggan, satu pasukan, pelaksanaan terbaik dan transformasi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >