Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

2,150 pelanggaran peraturan keselamatan di tempat kerja: MOM

Dec 17, 2021 | 05:30 AM



KEMENTERIAN Tenaga Manusia (MOM) telah menemui 2,150 pelanggaran peraturan dan mengeluarkan enam perintah berhenti kerja (SWO) kepada tempat kerja dalam satu operasi penguatkuasaan yang menyasarkan keselamatan kenderaan di tempat kerja.



Dalam catatannya di Facebook, kementerian itu berkata ia melancarkan operasi penguatkuasaan selama dua bulan dari Oktober dan November lalu.



Operasi tersebut memberi tumpuan kepada pengurusan lalu lintas dan pengendalian kenderaan atau peralatan di tempat kerja, menurut MOM.



Sejauh ini, MOM telah menjalankan pemeriksaan terhadap 730 tempat kerja dalam industri di mana bahaya trafik merupakan sesuatu yang biasa terjadi, seperti pengangkutan dan penyimpanan, perkilangan serta pembinaan.



Antara kesalahan utama termasuk kegagalan untuk mengurus dan mengawal akses kunci peralatan pengendalian bahan; kegagalan untuk menguruskan pergerakan kenderaan dan peralatan di tempat kerja dan kegagalan untuk memastikan penyelenggaraan kenderaan atau peralatan dengan betul.



"Kemalangan kenderaan terus menjadi salah satu penyumbang utama kematian di tempat kerja di Singapura sejak beberapa tahun yang lalu



"Keselamatan pekerja kami adalah amat penting, dan pelanggaran peraturan sedemikian boleh membahayakan keselamatan dan kesihatan pekerja kami," kata MOM.



Justeru, MOM juga mengingatkan majikan untuk memastikan penggunaan kenderaan dengan selamat di tempat kerja.



Ini termasuk; menjalankan penilaian risiko yang betul untuk menangani bahaya yang berkaitan dengan penggunaan kenderaan atau peralatan.



Mereka juga perlu menetapkan dan menguatkuasakan pelan pengurusan trafik yang betul, selain melakukan penyelenggaraan yang kerap dan betul bagi semua kenderaan dan peralatan.



Di samping itu, majikan juga perlu memastikan bahawa hanya pekerja yang terlatih dan bertauliah sahaja dibenarkan untuk mengendalikan kenderaan atau peralatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >