Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

219 individu semuda 16 tahun ditangkap kerana disyaki terlibat dalam kegiatan tailong

Sep 05, 2021 | 11:44 PM



POLIS sedang menyiasat 219 individu antara usia 16 hingga 69 tahun kerana disyaki terlibat dalam kegiatan pemiutang wang haram atau tanpa lesen.



Dalam operasi menjejak kegiatan pemiutang wang haram selama dua minggu antara 23 Ogos dengan 3 September, pegawai Jabatan Siasatan Jenayah (CID) dan tujuh divisyen polis darat telah menjalankan serbuan serentak serata pulau.



Dalam kenyataan polis pada Ahad (5 September), didedahkan bahawa siasatan awal menunjukkan 11 individu yang disyaki dipercayai telah mengganggu kediaman peminjam wang; 63 individu pula disyaki membantu perniagaan pemiutang wang haram dengan menjalankan pemindahan wang menerusi mesin wang automatik (ATM) manakala dua individu lain lain pula dipercayai membantu perniagaan pemiutang wang haram dengan mendaftar talian telefon bimbit.



Baki 143 individu yang disyaki pula dipercayai membuka akaun bank dan memberikan kad ATM, Nombor Pengenalan Peribadi (PIN) dan/atau token perbankan Internet mereka kepada pemiutang wang haram ini agar dapat mengendalikan perniagaan mereka.



Siasatan ke atas semua individu yang disyaki masih diteruskan.



Di bawah Akta Pemiutang Wang (Edisi Semakan 2010), di mana akaun bank, kad ATM atau token perbankan Internet sesiapa sahaja digunakan bagi memudahkan pinjaman wang oleh pemiutang wang haram membawa pada si individu terbabit dianggap membantu menjalankan perniagaan pemiutang wang haram.



Hukuman yang dijatuhkan berhubung dengan kesalahan ini adalah:



* Pesalah kali pertama yang didapati bersalah menjalankan atau membantu perniagaan pemiutang wang haram akan dihukum penjara hingga empat tahun, denda antara $30,000 dengan $300,000 serta rotan sehingga enam kali.



* Pesalah kali pertama yang didapati bersalah melakukan atau cuba melakukan sebarang perbuatan mengganggu bagi pihak pemiutang wang haram akan dihukum dengan penjara hingga lima tahun, denda antara $5,000 dengan $50,000 serta rotan antara tiga hingga enam kali.



Polis akan terus mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang terlibat dalam perniagaan pemiutang wang haram tanpa mengira peranan mereka dan bagi memastikan mereka berdepan dengan hukuman tegas undang-undang di sini.



Ini termasuk mengambil tindakan ke atas sesiapa yang membuka atau memberi akaun bank mereka bagi membantu pemiutang wang haram. Pemiutang didapati kian menggunakan pesanan telefon atau platform dalam talian bagi mengirimkan iklan pinjaman yang tidak diminta.



Orang awam dinasihatkan agar tidak menjawab atau tidak memberi respons pada iklan sebegini dan melaporkannya sebagai pesanan 'spam'. Mereka juga dinasihati agar jauhkan diri daripada pemiutang wang haram dan tidak bekerjasama atau membantu mereka dalam apa jua cara.



Hubungi polis di talian 999 atau talian 'hotline' X-Ah Long di 1800-924-5664 jika anda mengesyaki atau ketahui sesiapa yang mungkin terlibat dalam kegiatan pemiutang wang haram.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >