Subuh
5:45
Syuruk
7:04
Zuhur
1:10
Asar
4:26
Maghrib
7:13
Isyak
8:24

500 pasangan memilih nikah pada 22*2*2022

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

500 pasangan memilih nikah pada 22*2*2022

Feb 23, 2022 | 08:23 AM

SERAMAI 500 pasangan di Singapura telah memilih tarikh semalam untuk disatukan sebagai suami isteri.

Ini termasuk seramai 58 pasangan Melayu/Islam yang juga tidak mahu melepaskan peluang mendirikan rumah tangga pada tanggal 22 Februari 2022 - lebih dikenali sebagai 22/2/22 atau 'Twosday'.

Ia merupakan tarikh istimewa yang hadir hanya sekali dalam seumur hidup seseorang.

Antara pasangan Melayu/Islam yang selamat diijabkabulkan petang semalam di Masjid Assyakirin, adalah Encik Khairil Sapuan, dan isterinya, Cik Faridah Mohd.

Majlis pernikahan mereka hanya dihadiri oleh keluarga dan rakan-rakan terdekat pasangan tersebut.

Ketika dihubungi Berita Harian (BH), Encik Khairil berkata mereka memilih tarikh itu kerana keunikannya.

"Kami sebenarnya merancang untuk bernikah bulan depan, namun mengambil keputusan untuk mengubah tarikh apabila sedar tentang tarikh 22/2/22 ini.

"Alhamdulillah, walaupun keputusan ini dibuat pada Disember lalu, kedua-dua keluarga kami bersetuju untuk mempercepatkan majlis kami," ujar beliau.

Encik Khairil, 29 tahun, dan Cik Fairdah, 33 tahun, merupakan salah satu daripada lima pasangan yang dinikahkan oleh naib kadi, Ustaz Azzahir Ariffin semalam.

Ustaz Azzahir berpendapat bahawa pasangan yang memilih tarikh ini adalah kerana tarikh yang unik dan mudah untuk diingat sepanjang hidup mereka.

"Dan saya lihat, mereka inginkan tarikh ini kerana seolah-olah mereka memulakan sejarah hidup baru mereka dengan tarikh yang unik ini.

"Walaupun tarikh itu jatuh pada hari biasa bukan hujung minggu, itu tidak menghalang pasangan-pasangan untuk terus melaksanakan majlis ijab kabul ini kerana ianya akan tercatat pernikahan mereka," kata beliau.

Menurut seorang jurucakap Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY), purata bilangan pasangan Islam yang diijab kabul pada hari Isnin hingga Jumaat sepanjang tempoh September hingga November tahun lalu ialah 5.1.

Meskipun bernikah semalam, Encik Khairil berkata beliau telah menjangkakan ada di kalangan keluarga dan rakan-rakan mereka yang tidak dapat hadir, disebabkan ianya jatuh pada hari bekerja dan juga kerana pandemik ini masih berlarutan.

"Adik saya tidak dapat hadir kerana terpaksa dipanggil semula kerana beliau masih menjalani perkhidmatan negara. Ada juga rakan-rakan saya yang tidak dapat hadir kerana dijangkiti Covid-19.

"Jadi saya telah 'live-stream' majlis pernikahan saya itu agar mereka juga dapat menyaksikannya," kata beliau lagi.

Ditanya sama ada mereka akan mengadakan majlis persandingan pada hari yang lain, Encik Khairil berkata:

"Disebabkan sekatan Covid-19, saya dan isteri telah merancang untuk hanya mengadakan jamuan makan bersama keluarga terdekat di masa terdekat ini," ujarnya.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3