Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:30
Maghrib
7:10
Isyak
8:25

22 belia wakili S'pura dalam 'Olimpik Kemahiran' di Brazil

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

22 belia wakili S'pura dalam 'Olimpik Kemahiran' di Brazil

Jun 15, 2015 | 04:06 PM

SEJAK dua tahun lalu, Encik Muhammad Mahmoud Abdullah Ng telah bertungkus-lumus mengasah kemahiran menyambung kabel rangkaian maklumat demi satu matlamat - mewakili Singapura di persada dunia.

Ini meskipun lulusan Politeknik Republic (RP) berusia 21 tahun itu sebelum ini mengikuti kursus diploma kejuruteraan tenaga yang boleh diperbaharui, yang tidak kena-mengena dengan kabel.

Beliau merupakan sebahagian anggota Team Singapore merangkumi 22 belia - daripada Institusi Pendidikan Teknikal (ITE) serta Politeknik Singapura, Temasek, Nanyang dan Republic - yang akan mewakili negara ini dalam satu pertandingan kemahiran sedunia.

Pertandingan dwitahunan WorldSkills Competition (WSC) itu yang akan diadakan di Brazil Ogos ini turut dikenali sebagai pertandingan 'Olimpik Kemahiran' di mana belia dari seluruh dunia akan bersaing dalam pelbagai kemahiran termasuk terapi kecantikan, memasak, rekaan laman web, robotik, penyenggaraan kapal terbang, mekatronik dan sebagainya.

"Walaupun penyambungan kabel rangkaian maklumat ini tidak relevan dengan bidang pengajian saya semasa di politeknik sebelum ini, saya masih nak cuba dan saya bersyukur saya cuba kerana kini saya lulus dengan satu diploma dalam bidang lain tetapi juga ada kemahiran dalam satu lagi bidang," ujarnya yang baru tamat pengajian bulan lalu.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3