Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

2.2 juta pelitup boleh guna semula Yayasan Temasek telah diambil

Jan 20, 2022 | 05:30 AM



SEKITAR 2.2 juta pelitup yang boleh diguna semula dalam pengagihan pelitup percuma terkini Yayasan Temasek telah diambil oleh penduduk dari mesin layan diri hingga tengah hari semalam.



Menurut The Straits Times, Yayasan Temasek berkata ia juga telah menerima hampir 14,000 pesanan bagi pelitup tersebut.



Ini kali keenam pengagihan pelitup percuma itu diadakan, dengan pengagihan terkini bermula Isnin lalu.



Penduduk Singapura boleh mengambil satu pelitup setiap seorang secara percuma dengan memasukkan nombor kad pengenalan mereka atau mengimbas kad pengenalan mereka di mesin layan diri #StayMasked yang terletak di semua pusat atau kelab masyarakat, pusat Jawatankuasa Penduduk (RC), 20 pusat pertukaran bas, Plaza Singapura dan Temasek Shophouse di Dhoby Ghaut.



Terdapat hampir 1,000 mesin layan diri di serata negara.



Pelitup yang boleh diguna semula itu, yang terdapat dalam saiz M dan L, mempunyai lapisan tengah penapisan N95, yang membuat pengguna lebih mudah bernafas berbanding penapis N95 standard, dan memberi perlindungan 99.9 peratus virus dan bakteria.



Pelitup kalis air itu boleh dibilas seminggu sekali atau apabila kotor dan mengekalkan ciri perlindungannya hingga 30 bilasan atau lebih daripada tujuh bulan jika dipakai setiap hari dan dibilas setiap minggu.



Penduduk yang ingin membeli lebih banyak pelitup boleh membuat pesanan mulai sekarang hingga Sabtu ini pada 11.59 malam. Setiap pelitup berharga $13.



Setelah pembayaran dibuat, pautan ke kod QR unik akan dijana dan dihantar ke nombor telefon berdaftar untuk setiap pesanan yang berjaya. Kod QR unik ini mesti diimbas di mesin layan diri untuk pengambilan pelitup yang sudah dibayar.



Masa terakhir untuk mengambil pelitup ini ialah pada 11.59 malam Ahad ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >