TERDAPAT 22 kes koronavirus baru di Singapura hingga tengah hari semalam, menjadikan kes Covid-19 di Singapura berjumlah 59,721.
Daripada 22 kes jangkitan itu, terdapat dua kes dalam masyarakat dan selainnya merupakan kes import, umum Kementerian Kesihatan (MOH) semalam.
Tiada kes dilaporkan di dormitori pekerja asing.
Pada Ahad, terdapat 24 kes baru yang disahkan.
Satu-satunya kes masyarakat merupakan seorang lelaki warga Singapura berusia 43 tahun yang bekerja di Terminal 1 dan 3 di Lapangan Terbang Changi, kata MOH.
Tugasnya melibatkan mengeluarkan alat pemantauan elektronik kepada individu yang dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) di luar kemudahan khusus, dan membantu mereka memakai alat tersebut, kata MOH lagi.
Semasa bertugas, beliau memakai pelitup, pelindung muka dan sarung tangan, tambah MOH.
Lelaki itu tidak menunjukkan sebarang gejala, dan kes itu dikesan ketika beliau diuji pada 4 Februari sebagai sebahagian daripada ujian rutin yang telah dijalankan.
Hasilnya kembali positif untuk jangkitan Covid-19 keesokan harinya.