TERDAPAT 29 kes Covid-19 baru, termasuk 22 dalam kalangan masyarakat sehingga tengah hari Sabtu (22 Mei), kata Kementerian Kesihatan (MOH).
Daripada kes di masyarakat itu, lapan merupakan kes tidak terkait.
Baki 14 kes dikaitkan dengan kes sebelumnya. Antaranya, 12 sudah dikuarantin.
Sementara itu, terdapat tujuh kes yang diimport dengan kesemuanya sudah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setibanya di Singapura.
Daripada angka itu, tiga adalah warga Singapura atau penduduk tetap. Tiada kes dormitori dikesan.
Kes baru itu menjadikan jumlah jangkitan di Singapura mencapai 61,799.
Maklumat lebih lanjut akan diumumkan malam ini.
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
1/3
Tutup Kuiz
27
0
22 kes Covid-19 dalam masyarakat, termasuk 8 kes tidak terkait
May 22, 2021 | 05:14 PM