Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

22 percubaan seludup telur penyu digagalkan di pusat pemeriksaan sejak April: AVA

Oct 13, 2018 | 03:51 PM



SEBANYAK 22 kes penyeludupan telur penyu telah dikesan di pusat pemeriksaan sejak April, kata Penguasa Pertanian-Makanan dan Ternakan (AVA) hari ini (13 Oktober).



Dalam satu kiriman di Facebook, AVA berkata dalam kes-kes itu, telur penyu dimaksudkan untuk kegunaan sendiri.



Tindakan penguatkuasaan telah diambil terhadap pesalah, kata AVA.



Semua telur dibungkus seperti makanan ringan dan disembunyikan dalam bagasi pelancong.



Pegawai dari Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) mengesan kes-kes itu dan merujuknya kepada AVA untuk siasatan.



Semua penyu adalah spesies terancam yang dilindungi di bawah Konvensyen Perdagangan Antarabangsa bagi Spesies Kehidupan Fauna dan Flora Liar yang Terancam yang Singapura sertai, kata AVA.



Sesiapa didapati bersalah mengimport, mengeksport, menjual dan mempamerkan kepada orang awam sebarang bahagian atau derivatif berkaitan penyu boleh didenda sehingga $500,000 dan dipenjara sehingga dua tahun.



Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang perdagangan kehidupan liar terlarang boleh menghubungi AVA di talian 6805-2992 atau memberi maklum balas dalam talian menerusi laman AVA.



Semua maklumat akan dirahsiakan, kata AVA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >