Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

22 pesakit di wad ginjal SGH dijangkiti hepatitis C, empat meninggal dunia

Oct 06, 2015 | 04:43 PM



HOSPITAL Besar Singapura (SGH) telah memohon maaf bagi wabak virus hepatitis C yang berlaku di salah satu wad ginjalnya, yang menyebabkan 22 pesakit dijangkiti virus itu.


Daripada jumlah itu, empat pesakit - yang juga mempunyai masalah serius lain - telah meninggal dunia.


Hepatitis C ialah penyakit hati yang disebabkan virus hepatitis C.


Dalam satu taklimat media pada petang Selasa (6 Okt), SGH berkata ia memerhatikan peningkatan kekerapan jangkitan virus hepatitis C di wad tersebut pada awal Jun lalu.


Itu mendorong SGH meningkatkan pemeriksaan segera bagi virus tersebut pada pesakit di wad itu yang hasil ujian fungsi hati mereka tidak normal.


Siasatan punca jangkitan terseut sedang berjalan, tetapi siasatan awal menunjukkan sumbernya boleh dikaitkan dengan "agen suntikan intravena (IV)".


Hepatitis C, yang menyebabkan barah hati kronik, dijangkiti terutamanya melalui kontek darah dengan darah yang dikaitkan dengan penggunaan dadah melalui IV dan peralatan serta transfusi darah yang disterilkan dengan cara tidak betul.


Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SGH, Profesor Ang Chong Lye, berkata: "Kami ingin memohon maaf tanpa syarat bagi kesedihan, kesakitan dan penderitaan yang dialami pesakit dan keluarga mereka disebabkan perkara ini.


"Tidak boleh bertolak ansur berhubung keselamatan pesakit. Apa yang berlaku pada pesakit kami sentiasa merupakan tanggungjawab kami. Kami akan berusaha sedaya upaya dalam mengkaji proses kami dan mengkaji segala punca jangkitan bagi mengelakkan ia berulang."


Profesor Ang berkata SGH sedang berhubungan dengan pesakit terjejas dan keluarga mereka, dan akan "terus memberi sokongan penuh dan penjagaan sesuai dalam menguruskan keadaan mereka".


Kesemua 22 pesakit itu dimasukkan ke Wad 67 yang baru diubah elok antara April dan Jun lalu. Wad 64A, wad ginjal asal, sedang diubah elok.


Mereka mengalami salah satu bentuk penyakit ginjal, dengan kebanyakannya telah menjalani pemindahan ginjal.


Pengerusi lembaga perubatan SGH, Profesor Fong Kok Yong, menekankan walaupun tidak ada bukti kukuh mengenai punca jangkitan itu, hospital tersebut telah mengambil langkah-langkah "agresif" untuk membetulkan sembarang kekurangan yang dikesan semasa siasatan dijalankan.


Pasukan penjagaan ginjal hospital itu, termasuk doktor dan jururawat, telah menjalani pemeriksaan hepatitis C. Pemeriksaan itu akan diperluas kepada doktor lain yang bertugas di wad tersebut semasa tempoh kejadian itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >