Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

222 kes denggi baru minggu lalu, jumlah dijangka meningkat: NEA

Aug 24, 2016 | 10:47 AM



SEBANYAK 222 kes demam denggi baru dilaporkan di Singapura minggu lalu, menurut angka terbaru daripada laman web denggi Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).



Jumlah bagi minggu berakhir 20 Ogos lalu itu lebih tinggi daripada 198 pada minggu sebelumnya, yang merupakan kali pertama dalam tempoh tujuh minggu bilangan kes jatuh di bawah 200.



Sebanyak 39 kes lagi dilaporkan dari Ahad (21 Ogos) hingga 3 petang pada Isnin (22 Ogos).



NEA berkata walaupun jumlah kes turun naik dalam julat itu selama beberapa minggu, angka tersebut dijangka meningkat dalam beberapa bulan akan datang, dalam musim puncak biasa demam denggi.



Sejak awal tahun ini, 10,730 kes telah dilaporkan, dengan tujuh kematian. Ini berbanding empat kematian pada keseluruhan 2015.



Korban terbaru seorang lelaki berusia 79 tahun yang tinggal di Eastwood Drive di Bedok, yang dimasukkan ke hospital pada 30 Julai dan meninggal dunia pada Ogos 4



Pada Isnin (22 Ogos), terdapat 46 kelompok denggi aktif di seluruh pulau, bertambah daripada 43 pada minggu sebelumnya. Sebanyak 11 diklasifikasikan sebagai berisiko tinggi dengan sekurang-kurangnya 10 kes denggi dilaporkan.



Kelompok aktif di Tampines Avenue 8 mempunyai bilangan kes tertinggi sebanyak 55, dengan dua kes baru dalam tempoh dua minggu lalu.



Tiada kes baru dilaporkan dalam kelompok Telok Kurau, yang menyaksikan 103 kes, tetapi kawasan ini di bawah pengawasan selama 21 hari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >