Subuh
5:50
Syuruk
7:07
Zuhur
1:12
Asar
4:13
Maghrib
7:15
Isyak
8:23

$2.24j diberi kepada 20 monumen negara bagi pemulihan, penyenggaraan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

$2.24j diberi kepada 20 monumen negara bagi pemulihan, penyenggaraan

Masjid, gereja dan kuil antara penerima Dana Monumen Negara
Nov 13, 2021 | 05:30 AM

SEJUMLAH $2.24 juta diberikan kepada 20 monumen negara bagi membiayai kerja pemulihan dan penyenggaraan bagi tahun ini dan 2020.

Pembiayaan itu akan disalurkan menerusi Dana Monumen Negara (NMF), yang ditubuhkan pada 2008 bagi membantu kos memulihara bangunan dan struktur bersejarah.

Dalam satu kenyataannya semalam, Lembaga Warisan Negara (NHB) mendedahkan sekitar 65 peratus monumen negara ini akan menerima sokongan pembiayaan bagi kedua-dua kerja, pemulihan dan penyenggaraan.

Bagi tahun lalu, $1.09 juta diperuntuk bagi kerja pemulihan manakala $337,000 dikhususkan bagi kerja penyenggaraan. Dana itu diberi kepada 18 monumen negara.

Tahun ini, 13 monumen negara menerima NMF yang merangkumi $702,000 bagi pemulihan dan $104,000 bagi penyenggaraan.

Antara monumen yang meraih manfaat daripada dana itu ialah Masjid Hajjah Fatimah di Beach Road.

Masjid antara yang tertua di Singapura itu menerima dana bagi kerja penyenggaraan tahun lalu dan pemulihan tahun ini.

"Secara keseluruhan, ia menerima sekitar $1.04 juta.

Dana itu akan menyokong kerja pembaikan kecil pada permukaan plaster masjid dan kerja pengalisan air terhadap kawasan bumbungnya.

Pengurus masjid itu, Encik Abdullah Alsagoff, berkata: "Sebagai sebuah bangunan bersejarah dan ikonik, Masjid Hajjah Fatimah mempunyai tarikan bagi ramai orang atas pelbagai sebab, salah satunya ialah seni binanya yang unik.

"Berusia hampir dua abad, ia memerlukan banyak penjagaan.

"Dengan geran yang disediakan oleh NHB untuk fasad dan penyenggaraannya, masjid ini dapat terus menjadi mercu tanda masyarakat hingga hari ini."

Antara penerima lain dana itu ialah Masjid Al-Abrar, Masjid Sultan, Masjid Alkaff Upper Serangoon, St Andrew's Cathedral, Kuil Sri Mariamman dan Kuil Thian Hock Keng.

Pengarah bahagian Pemeliharaan Tapak dan Monumen (PSM) NHB, Cik Jean Wee, berkata pemuliharaan monumen negara adalah peluang untuk bekerjasama rapat dengan pihak berkepentingan di mana NHB berharap dapat terus menjalin hubungan kukuh.

"Sejak dana ini bermula pada 2008, kami telah bekerjasama rapat dengan pemilik monumen untuk lebih memahami dan menangani keperluan mereka yang semakin berkembang, terutamanya iklim Singapura memberi kesan terhadap struktur halus.

"Kami berbesar hati bagi setiap perkongsian masyarakat dalam menjaga mercu tanda penting ini, kebanyakannya terus memberi keterangan tentang kepelbagaian agama dan budaya Singapura."

Tambahan baru kepada dana penyenggaraan tahun ini ialah langkah menyediakan perlindungan asas monumen daripada risiko kilat atau kebakaran, seperti sistem perlindungan kebakaran dan peralatan berkaitan keselamatan kebakaran.

Langkah itu sejajar dengan piawaian keselamatan kebakaran terkini seperti yang dikawal oleh Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), menurut NHB.

Sehubungan itu, NHB semalam melancarkan pameran khusus sempena ulang tahun ke-50 tahun usahanya memulihara bangunan, tapak dan struktur bersejarah di Singapura.

Pameran yang dikenali sebagai 'PSM50: Celebrating the Golden Jubilee of Singapore's Preservation Journey (PSM50)' itu dibuka secara percuma kepada orang ramai dari hari ini hingga 2 Januari depan di Muzium Negara Singapura.

Pameran itu terdiri daripada enam bahagian yang merangkumi pelbagai aspek mendokumentasi, memelihara dan meraikan monumen yang ada di sini serta mempamerkan semua 73 monumen.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3