Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

2,255 warga di kalangan lebih 9,000 dijangkiti Aids meninggal: MOH, NCID

Jul 02, 2022 | 05:30 AM



SEHINGGA lewat tahun lalu, seramai 2,255 warga Singapura meninggal dunia kerana jangkitan HIV/Aids.



Bilangan ini adalah daripada sejumlah 9,129 individu yang dijangkiti penyakit tersebut dengan 250 kes baru dilaporkan dalam kalangan warga setempat.



Demikian dedah satu kenyataan bersama Kementerian Kesihatan (MOH) dan Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID) semalam.



Sungguhpun begitu, menurut kenyataan itu lagi, jumlah kes baru HIV dalam kalangan penduduk Singapura semakin merosot.



Antara 400 hingga 500 kes baru dilaporkan antara 2007 hingga 2017.



Ia terus berkurangan kepada 320 kes pada 2018 dan 2019, bahkan terus merosot kepada 261 kes pada 2020.



Kenyataan tersebut menambah dalam kalangan 250 kes baru yang dilaporkan tahun lalu, 95 peratus daripadanya adalah lelaki dan 68 peratus pula berusia antara 20 hingga 49 tahun.



Sekitar 62 peratus kes ini pula mempunyai jangkitan HIV lanjutan ketika dikenal pasti.



Kaedah ujian kendiri HIV mulai 1 Ogos



MULAI 1 Ogos ini, Program HIV Kebangsaan, di bawah NCID, akan mengenalkan kaedah ujian kendiri untuk disejajarkan dengan ujian sedia ada buat mereka yang lebih selesa melakukan demikian.



Ini boleh dijalankan dari privasi rumah seseorang dan melibatkan pengumpulan spesimen oral dengan menggunakan kaedah calitan atau 'swab', jelas kenyataan bersama MOH dan NCID.



Hasilnya boleh diperolehi dalam masa 20 hingga 40 minit.



Kit ini boleh diperolehi di Klinik Jabatan Kawalan Jangkitan Seks (DSC) dan lokasi ujian yang tidak memerlukan seseorang memberi butiran peribadi di klinik 31 Kelantan Lane itu mulai 1 Ogos ini.



Harga bagi setiap kit ujian kendiri adalah antara $20 dengan $32.



Keterangan lanjut mengenai ujian ini boleh diperolehi di laman www.ncid.sg/nhivp.



Ujian tetap dan pengesanan awal membolehkan mereka yang mempunyai HIV dirawat awal dan menerima hasil rawatan lebih baik di samping membuka peluang untuk mereka melindungi pasangan mereka daripada dijangkiti.



Buat masa ini, ujian HIV boleh dijalani di institusi jagaan kesihatan termasuk poliklinik, klinik swasta, hospital dan di tapak ujian HIV di mana butiran peribadi tidak diperlukan bagi mendapatkan ujian berkenaan.



Dalam pada itu, kenyataan bersama itu menekankan hubungan kelamin kekal sebagai kaedah utama jangkitan HIV.



Sebanyak 95 peratus (237 kes daripada sejumlah 250 kes) kes ini dijangkiti HIV menerusi hubungan kelamin.



Jangkitan hasil hubungan heteroseksual pula membentuk 33 peratus kes manakala 62 peratus pula melibatkan kes seks antara lelaki (MSM) termasuk jangkitan biseksual (3 peratus).



Dalam pada itu, sebanyak 57 peratus kes baru ini dikesan sewaktu jagaan perubatan dan biasanya pada tahap lanjutan jangkitan HIV.



Lagi 18 peratus pula dikenal pasti sewaktu pemeriksaan HIV yang diprogram secara rutin dijalankan manakala 16 peratus yang lain pula dikesan daripada proses pemeriksaan HIV yang dijalani atas keinginan sendiri.



Baki kes dikenal pasti menerusi kaedah pemeriksaan lain.



Menurut MOH dan NCID, kes yang dikesan melalui pemeriksaan yang diusahakan atas keinginan pesakit biasanya pada tahap awal jangkitan HIV.



Sebilangan besar jangkitan yang berlaku kerana MSM (23 peratus) dikenal pasti menerusi pemeriksaan yang dijalani individu sendiri berbanding kes membabitkan hubungan heteroseksual (6 peratus).



MOH dan NCID menasihati orang awam bahawa cara paling berkesan untuk mengelakkan jangkitan HIV adalah dengan kekal pada pasangan mereka serta mengelakkan seks kasual atau seks bersama pelacur.



Langkah pencegahan seperti rawatan pencegahan prapendedahan HIV juga sangat berkesan sebagai sebahagian strategi pencegahan menyeluruh HIV.



MOH dan Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) menggesa individu yang terlibat dalam hubungan seksual berisiko tinggi agar melalui ujian HIV secara tetap.



Ini memandangkan menjalani ujian HIV itu adalah satu-satunya cara mengetahui tahap jangkitan HIV seseorang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >