Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

23 kedai F&B didapati langgar aturan selamat Covid-19

Sep 15, 2020 | 09:24 PM



SEBANYAK 23 kedai makanan dan minuman (F&B) didapati melanggar peraturan pengurusan selamat Covid-19 semasa pemeriksaan yang dipertingkat oleh agensi pemerintah pada hujung minggu lalu.


Kebanyakan kesalahan itu melibatkan kumpulan lebih lima orang duduk bersama di satu meja atau bergaul antara satu meja dengan meja lain serta menghidangkan dan meminum arak selepas 10.30 malam, kata Kementerian Kemampanan dan Sekitaran (MSE) dalam satu kenyataan pada Selasa (15 September).


Sebanyak 149 kedai F&B di tempat popular juga diperiksa hujung minggu lalu, dengan pegawai polis turut terlibat dalam pemeriksaan itu.


Agensi pemerintah lain yang terlibat dalam pemeriksaan penguatkuasaan yang dipertingkat itu termasuk Lembaga Taman Negara (NParks), Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA), Agensi Makanan Singapura (SFA), Lembaga Pelancongan Singapura (STB) dan Penguasa Tanah Singapura (SLA).


Pemeriksaan dipertingkat itu dijalankan di samping pemeriksaan rutin yang dijalankan agensi pemerintah setiap hari di kedai F&B, termasuk kedai kopi dan pusat penjaja di serata Singapura.


Secara keseluruhan, lebih 3,000 pemeriksaan dijalankan di kedai F&B pada hujung minggu lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >