Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

23 pegawai SCDF hadapi tindakan disiplin dalam kes huru-hara di dormitori

Jun 26, 2015 | 06:55 PM



SEMBILAN pegawai sepenuh masa Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) kini menghadapi tindakan disiplin khidmat awam menyusuli insiden rakaman klip video yang memaparkan dormitori SCDF dalam keadaan berselerak.


Mereka juga boleh dikenakan hukuman yang terdiri daripada surat amaran hingga pemecatan, bergantung kepada penglibatan mereka dalam insiden tersebut.


Seramai 14 anggota Perkhidmatan Negara sepenuh masa (NSF) pula didakwa di bawah Akta Pertahanan Awam dan boleh dikenakan hukuman daripada saman hingga ke penahanan dan penurunan pangkat.


SCDF dalam kenyataannya hari ini berkata ia telah menyelesaikan siasatan ke atas kes dua rakaman klip video yang dimuatnaik di media sosial itu.


Klip video itu menunjukkan beberapa pegawai SCDF dari Kursus Komander Seksyen (SCC) ke-20 berkelakuan buruk dan merosakkan hartanah dalam sebuah dormitori di Akademi Pertahanan Awam pada 24 April lalu.


Siasatan itu mendapati 23 pegawai SCDF, yang terdiri daripada sembilan pegawai sepenuh masa dan 14 NSF, terlibat secara berbeza dalam insiden itu.


Di samping 23 pegawai itu, lagi lima pegawai sepenuh masa SCDF yang mempunyai peranan penyelia dalam SCC ke-20 menghadapi tindakan disiplin dan boleh diberi surat amaran atau nasihat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >