Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

23 pelancong gagal isytihar wang lebih $20k di Lapangan Terbang Changi

Dec 17, 2021 | 07:05 PM



SEORANG warga asing berusia 46 tahun didapati memiliki mata wang Singapura dan luar negara berjumlah $31,023 pada Rabu (15 Dis).



Dia merupakan antara 23 pelancong yang tiba di Lapangan Terbang Changi pada hari itu dan ditangkap kerana gagal mengisytihar mata wang melebihi $20,000 atau gagal membayar cukai rokok, arak dan barangan lain.



Para pelancong itu ditangkap dalam satu operasi tujuh jam di Terminal 1 dan 3, menurut polis, Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dan Kastam Singapura pada Jumaat (17 Dis).



Mereka menambah lebih banyak operasi akan dijalankan dengan pelonggaran sekatan perjalanan.



"Semua pelancong diingatkan bahawa pihak berkuasa tidak akan bertolak ansur dengan sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang kerana kami berusaha untuk melindungi sempadan darat, udara dan laut kami daripada jenayah dan ancaman keselamatan, termasuk aktiviti penyeludupan dan ketidakpatuhan peraturan kami," kata agensi-agensi itu.



Orang ramai diingatkan bahawa mereka perlu mengisytiharkan pergerakan fizikal mana-mana mata wang, cek, kiriman wang atau bon pembawa ke dalam atau keluar Singapura jika nilainya berjumlah lebih $20,000.



Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan denda sehingga $50,000, penjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya sekali.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >