Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

230 penduduk, pengunjung blok 325A Sumang Walk sudah jalani ujian Covid-19: MOH

Jun 08, 2021 | 08:57 PM



SEHINGGA 12 tengah hari Selasa (8 Jun), seramai 230 penduduk dan pengunjung Blok 325A, Sumang Walk di Punggol sudah menjalani ujian Covid-19 dengan keputusannya masih dinantikan.



Ini dijelaskan Kementerian Kesihatan (MOH) dalam satu kenyataan pada Selasa malam.



Penduduk ini diminta menjalani ujian wajib selepas beberapa kes koronavirus dikesan di blok itu. Lapan kes yang disahkan melibatkan tiga keluarga di situ. 



Anggota Parlimen GRC Pasir Ris-Punggol, Dr Janil Puthucheary, memberitahu media sejumlah 361 penduduk daripada 124 isi rumah diperlukan menjalani ujian tersebut.



Penduduk nampaknya tenang setelah diberitahu mengenai operasi ujian itu, kata Dr Janil, yang juga Menteri Negara Kanan (Kesihatan merangkap Perhubungan dan Penerangan).



"Bukan sahaja mereka tenang tetapi kebanyakan daripada mereka juga menawarkan khidmat sukarela, sesuatu yang saya kira menampakkan betapa berbudinya mereka," tambah Dr Janil.



Encik Muhammad Jalaluddeen, 29 tahun, adalah antara yang pertama menjalani ujian swab pada Selasa. Beliau tamat ujian sekitar 9.20 pagi.



Kakitangan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) itu  berkunjung ke pavilion di mana ujian dijalankan seorang diri. Isteri dan anak sulungnya yang berusia lapan tahun dikatakan menjalani ujian swab pada masa berbeza. Dua lagi anak kecilnya yang berusia enam dan tiga tahun tidak perlu menjalani ujian tersebut.



"Ujian swab terasa tidak selesa sedikit tetapi hanya untuk beberapa saat sahaja. Prosesnya cepat dan berkesan. Ini kali pertama saya menjalani ujian swab.



"Dengan adanya beberapa kes di sini agak membimbangkan juga tetapi saya yakin pihak berkuasa mengambil langkah bagi memastikan kami semua kekal selamat," katanya lagi kepada akhbar The Straits Times.



Dalam pada itu, MOH dalam kenyataan pada Selasa malam juga memberi butiran terkini mengenai ujian di Hougang Avenue 8.



Sehingga 12 tengah hari Selasa, 4,091 pengunjung Blok 506, Hougang Avenue 8, penduduk dan pengunjung blok jiran (511, Hougang Avenue 10; 681, 683 dan 684 Hougang Avenue 8; 682 Hougang Avenue 4; 685 dan 698 Hougang Street 61) telah secara sukarela tampil bagi ujian Covid-19.



MOH menambah, 3,965 individu didapati negatif Covid-19 manakala 126 individu lain menanti keputusan ujian mereka.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >