Subuh
5:54
Syuruk
7:16
Zuhur
1:18
Asar
4:41
Maghrib
7:19
Isyak
8:32
Setempat0

24 ditangkap disyaki terbabit dalam kegiatan hiburan haram di Genting Lane

Dec 02, 2020 | 10:30 PM

SERAMAI 13 lelaki dan 11 wanita telah diberkas atas beberapa kesalahan berkaitan pusat hiburan awam tidak berlesen di Genting Lane dalam kawasan MacPherson.

Mereka ditangkap dalam satu operasi penguatkuasaan pada 26 Nov lalu dan sedang disiasat kerana didakwa melanggar peraturan jarak selamat Covid-19, kata polis pada Rabu (2 Dis).

Seramai 10 antara wanita tersebut, berusia antara 20 dengan 30 tahun, juga ditangkap atas kesalahan di bawah Akta Menggajikan Tenaga Manusia Asing.

Tiga pula didapati telah melebihi jangka penginapan visa mereka di Singapura, lapor The Straits Times.

Polis berkata, ia sedang menyiasat dua lelaki yang disyaki sebagai pengendali pusat kegiatan tersebut kerana melanggar peraturan di bawah Akta Kawalan Arak dan Hiburan Awam.

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map