Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

24 individu muda S'pura dipilih dalam senarai Forbes

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

24 individu muda S'pura dipilih dalam senarai Forbes

Senarai 30 Bawah 30 Asia Forbes tampil 300 inovator, usahawan, pengganggu muda di bawah 30 tahun di seluruh Asia
Mar 31, 2018 | 05:30 AM

SERAMAI 24 individu di Singapura disenaraikan dalam 30 Bawah 30 Asia Forbes, satu senarai yang menampilkan 300 inovator, usahawan dan pengganggu muda berusia di bawah 30 tahun di seluruh Asia.

Senarai edisi 2018 yang bertemakan "Gangguan dan Inovasi" itu merangkumi 30 orang yang diberi penghormatan dalam 10 kategori.

Mereka diselidiki dan dipilih oleh panel hakim yang terdiri daripada mereka yang berjaya dan diiktiraf dalam setiap kategori, kata Forbes.

Forbes berkata Singapura dan Jepun kededuanya memiliki bilangan kelima tertinggi penerima penghormatan tahun ini.

24 individu tersebut dipilih dalam sembilan kategori.

Penerima termasuk pegawai operasi Chope, Encik Dinesh Balasingam, yang dipilih di bawah kategori teknologi pengguna.

Tersenarai dalam kategori penjagaan kesihatan dan sains ialah Cik Esther Wang, pengasas startup pendidikan penjagaan kesihatan, Joytingle.

Syarikat itu memberi pengkhususan dalam program kehidupan kanak-kanak, penglibatan pesakit, pendidikan pediatrik dan pengkhususan bermain di hospital.

Dalam kategori runcit dan perdagangan pula, Encik Tushar Khandelwal, ketua pegawai operasi serta pengasas bersama platform pelancongan dan aktiviti dalam talian, Voyagin, dipilih.

Voyagin, yang diperoleh Rakuten pada 2015, beroperasi sebagai alat membantu pelancong yang celik digital mempunyai pengalaman percutian yang lebih baik dengan membuat cadangan aktiviti, memberikan ulasan tetamu dan membantu dengan tempahan.

Selain Encik Khandelwal, Encik Ian Ang dan Encik Alaric Choo dari SecretLab, serta Encik Shanru Lai dan Cik Josephine Chow daripada Shopback, turut tersenarai dalam kategori yang sama.

Encik Julius Tan, pengasas pasaran runcit tenaga, Electrify, juga tersenarai dalam kategori industri, pembuatan dan tenaga.

Ia telah memudahkan urus niaga bernilai AS$ 3.8 juta ($4.98 juta) sejak Mac 2017.

Langkah seterusnya bagi Electrify adalah pasaran tenaga baru berdasarkan teknologi blockchain, yang membolehkan perdagangan pengguna kepada pengguna (peer-to-peer) dari pengeluar kecil seperti solar atas bumbung kediaman dan turbin angin, kata Forbes.

Dalam kategori seni pula, Encik Jackson Aw dari studio reka bentuk, Mighty Jaxx dipilih.

Beliau memulakan studio tersebut pada 2012 dengan pinjaman $20,000.

Sejak itu, Mighty Jaxx telah bekerjasama dengan artis serta jenama antarabangsa seperti DC Comics dan New Balance untuk mencipta ukiran-ukiran koleksi.

Di antara usahawan sosial, Cik Qin Yunquan dari Akademi Kapap dimasukkan dalam senarai atas usaha beliau memperkasakan orang biasa dengan latihan pertahanan diri yang realistik.

Perenang paralimpik tempatan, Cik Yip Pin Xiu, juga tersenarai dalam kategori sama.

Cik Yip merupakan pemenang pingat emas Paralimpik tiga kali dan pemenang pingat emas Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa satu kali, serta memegang dua rekod dunia. - The Straits Times

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3