Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

24 kawasan kejiranan, 6,000 unit kediaman terjejas dengan EIP

Sep 14, 2021 | 05:30 AM



MENTERI Pembangunan Negara Desmond Lee berkata sebanyak 24 kawasan kejiranan, dengan 6,000 unit kediaman setiap satu secara purata terjejas oleh had Dasar Integrasi Etnik (EIP) hingga akhir tahun lalu.



Ini berbanding 33 estet yang terjejas pada Disember 1990, katanya dalam respons bertulis kepada pertanyaan Anggota Parlimen (AP) Parti Pekerja, Encik Pritam Singh.



Encik Singh telah meminta senarai estet yang terjejas oleh dasar tersebut sejak Disember 1990 hingga Disember tahun lalu.



Beliau juga bertanyakan jumlah unit HDB secara keseluruhan di kawasan tersebut dan jumlah unit di bawah kategori pemilikan oleh Cina, Melayu, India/Lain-lain bagi setiap estet terjejas.



"Sebanyak 33 kawasan kejiranan terjejas oleh had EIP pada Disember 1990. Sejak itu, jumlah kawasan kejiranan terjejas oleh had EIP semakin berkurangan.



"Pada Disember 2020, sebanyak 24 kawasan kejiranan dengan sebanyak 6,000 unit kediaman setiap satu kawasan secara purata, terjejas oleh had EIP," katanya.



Encik Lee menambah daripada 24 estet kejiranan yang terjejas pada Disember tahun lalu, tujuh daripadanya sama seperti estet yang terjejas pada Disember 1990.



Mengulas lanjut, Encik Lee berkata tiga daripada estet tersebut - Alexandra North, Margaret Drive dan Tiong Bahru - terjejas oleh syarat pembeli Cina sementara dua estet lain - Bedok North dan Tampines East - terjejas oleh syarat pembeli Melayu.



Kawasan kejiranan di Little India pula terjejas akibat syarat pembeli India/Lain-lain, dan satu kawasan di North Coast terjejas dek syarat pembeli Melayu atau India/Lain-lain.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >