Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

24 lelaki disyaki anggota kongsi gelap diberkas

Dec 27, 2020 | 05:30 AM



SERAMAI 24 lelaki berusia antara 20 dengan 48 tahun yang disyaki anggota kongsi gelap telah diberkas dalam satu operasi yang dijalankan pihak polis beberapa hari sebelum sambutan Krismas.



Dalam kenyataannya, polis berkata semua suspek diberkas antara Isnin dengan Khamis lalu semasa pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah (CID), Divisyen Polis Tengah, Divisyen Polis Tanglin dan Divisyen Polis Jurong melancarkan operasi penguatkuasaan di seluruh negara.



Pemeriksaan proaktif dijalankan di pelbagai tempat yang menjadi tumpuan ramai dan pusat-pusat beli-belah bagi membanteras kegiatan samseng di lokasi-lokasi itu, menurut polis.



Siasatan polis masih dijalankan.



Dalam pada itu, mereka juga akan terus memantau keadaan dan meningkatkan operasi penguatkuasaan seluruh Singapura semasa musim perayaan hujung tahun bagi membanteras sebarang kegiatan samseng yang menggugat keselamatan awam.



Sesiapa yang didapati bersalah kerana menganggotai kumpulan samseng di bawah Akta Pertubuhan, boleh didenda sehingga $5,000, dipenjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.



Pihak berkuasa menegaskan bahawa mereka akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat dalam kumpulan samseng yang memilih untuk mengabaikan undang-undang secara terang-terangan.



"Orang ramai dinasihatkan untuk mengelakkan diri daripada kegiatan samseng dan melaporkan mereka yang terlibat dalam kegiatan sedemikian kepada polis dengan segera," tambah polis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >