Subuh
5:35
Syuruk
6:51
Zuhur
12:55
Asar
4:03
Maghrib
6:57
Isyak
8:06
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

24 pekerja sudah pulih diuji positif Covid-19 di dormitori Westlite Woodlands: MOH

Apr 27, 2021 | 11:57 PM

KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) mengesahkan 24 pekerja yang sudah pulih daripada jangkitan Covid-19 di dormitori Westlite Woodlands diuji positif koronavirus.

Daripada 24 kes ini, lima daripada mereka kemungkinan dijangkiti semula, tambah MOH dalam kenyataannya pada Selasa malam (27 April).

Pekerja-pekerja ini berkongsi bilik yang sama di dormitori dengan kes sebelum ini yang melibatkan penyelia binaan Bangladesk berusia 35 tahun dan rakan sebiliknya. Kedua-dua pekerja ini diuji positif Covid-19 minggu lalu.

MOH menambah:

"Buat masa ini, tiada bukti jangkitan menular pada pekerja lain di dormitori itu."

Dalam kalangan kes yang dijangkiti semula, dua daripada mereka baru-baru ini tiba dari Bangladesh pada 6 April.

Kata MOH:

"Siasatan epidemiologi kami mendapati pekerja ini kemungkinan dijangkiti ketika di luar negara dan menjangkiti pekerja lain dalam bilik itu."

Mereka membentuk kelompok baru seramai tujuh kes yang berkaitan dengan penyelia binaan Bangladesh berusia 35 tahun dan rakan sebiliknya yang disahkan menghidap virus itu minggu lalu.

Sementara itu, 11 daripada 24 kes ini sudah dinilai mula meluputkan cebisan virusnya.

Lagi dua kes pula telah dikenal pasti negatif Covid-19 setelah diuji lagi manakala baki enam kes lain masih menanti proses penilaian oleh panel pakar terdiri daripada pakar penyakit berjangkit dan mikrobiologi.

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3