Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

24 penunggang diberkas dalam empat hari setelah LTA kuat kuasa larangan e-skuter

Jan 06, 2020 | 04:17 PM



SEJUMLAH 24 penunggang skuter elektrik (e-skuter) telah ditahan dalam tempoh empat hari setelah larangan e-skuter di laluan pejalan kaki mula dikuat kuasa dengan tegas pada Rabu lalu (1 Januari), kata Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).



Dalam satu pos Facebook pada Ahad (5 Jan), LTA berkata pegawainya yang berpakaian preman telah menjalankan operasi sejak malam Jumaat (3 Jan) hingga pagi Sabtu (4 Jan) di beberapa kawasan Bukit Panjang dan Jurong.



Pengguna yang tidak mematuhi peraturan itu dengan terus menunggang e-skuter di laluan pejalan kaki walaupun telah beberapa kali diberi amaran menjadi sasaran utama pegawai LTA.



Jika disabit kesalahan, mereka boleh didenda sebanyak $2,000, dipenjara selama tiga bulan atau kededuanya.



“Beberapa alat (mobiliti) juga telah dirampas dalam operasi penguatkuasaan itu baru-baru ini, kerana ia melebihi had berat 20 kilogram yang ditetapkan ,” kata LTA.



Selain itu, LTA berkata beberapa penunggang basikal menggunakan kuasa (PAB), atau basikal elektrik (e-basikal), juga ditahan kerana menggunakannya di laluan pejalan kaki.



E-basikal hanya boleh digunakan di jalan raya atau di laluan basikal.



Pegawai LTA juga memastikan peraturan mobiliti aktif yang lain turut dipatuhi seperti kategori alat mobiliti yang dibenarkan serta peraturan mengenai penggunaannya.



Undang-undang yang lebih ketat ini menyusuli beberapa kes kemalangan melibatkan alat mobiliti peribadi (PMD) dengan pejalan kaki, antaranya membabitkan seorang penunggang basikal berusia 65 tahun yang terkorban beberapa hari setelah dilanggar PMD pada September tahun lalu.



Larangan e-skuter di laluan pejalan kaki telah bermula pada 5 November tahun lalu dan hingga Selasa lalu (31 Dec), LTA masih memberi amaran kepada pengguna yang tidak mematuhi larangan tersebut.



Namun, sejak Rabu lalu - hari pertama tahun ini - larangan itu dikuat kuasa dengan tegas oleh LTA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >