Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

240 ahli keluarga 4 generasi berkumpul

Aug 15, 2022 | 05:30 AM



SEBUAH keluarga Singapura mengadakan majlis perjumpaan keluarga yang dinamakan 'Warisan Cemera' tengah hari semalam.



Keluarga besar yang merangkumi lebih 200 ahli keluarga empat generasi itu mengadakan perhimpunan keluarga bagi meraikan nilai kekeluargaan dalam sesi makan tengah hari di restoran Muslim Delights di Concorde Hotel and Shopping Mall.



Acara itu yang dihadiri sekitar 240 ahli keluarga itu adalah cetusan idea Encik Jufri Haron, 73 tahun, dan isterinya Cik Roslinah Abdul Hamid, 60 tahun, dan ini adalah kali kedua acara itu berlangsung.



Acara pertama 'Warisan Cemera' itu diadakan Januari 2015 di mana lebih 200 ahli keluarga termasuk adik-beradik Encik Jufri, anak saudara, serta cucu-cucu mereka menghadirinya.



Encik Jufri berkata: "Kami berhasrat untuk buat acara ini lebih awal lagi tetapi pandemik Covid-19 menghalangnya.



"Namun demikian, ia sentiasa menjadi hasrat kami untuk membina ikatan kekeluargaan antara generasi yang kukuh.



"Pandemik Covid-19 telah menunjukkan bagaimana keluarga membentuk asas masyarakat dan ia amat penting dalam membangunkan individu yang berdaya tahan dan membina sikap penyayang masyarakat.



'Warisan Cemara' adalah platform kami untuk menunjukkan kepada golongan muda kepentingan unit keluarga dan untuk meraikannya," ujar beliau dari generasi pertama keluarga itu.



Bagi Encik Noor Azhar Mohamed, 46 tahun, acara makan tengah hari itu memberi mereka peluang untuk mengenali semua ahli keluarga dari empat generasi dan mengeratkan silaturahim dari generasi tua hingga ke generasi muda.



"Saya dapat melihat bagaimana generasi muda mengambil kesempatan perjumpaan ini sebagai platform untuk kolaborasi silang kemahiran baru yang diperolehi mereka.



"Ia turut menggalakkan kerjasama kreatif di antara sepupu yang telah menemui sinergi baru dalam industri kreatif ataupun media setelah bertemu semalam," ujar beliau yang dari generasi kedua keluarga itu.



Semasa perhimpunan itu, mereka menyegarkan semula hubungan dalam keluarga itu dengan sesi perkenalan yang turut mengenalkan kepada anak-anak muda mengenai generasi pertama.



Mereka juga telah menggunakan pelekat berwarna untuk membezakan antara generasi supaya ahli keluarga kenal yang lain dalam generasi yang sama dengan mereka.



Pelekat warna perak digunakan untuk generasi pertama, pelekat hijau generasi kedua, jingga pula digunakan untuk generasi ketiga dan kuning untuk generasi keempat.



Setiap unit keluarga juga diberikan masa untuk memperkenalkan ahli keluarga mereka di atas pentas dan untuk memperingati mereka yang telah meninggal dunia, melalui video dan membaca doa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >