Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

2,400 pegawai awam bergaji rendah terima bayaran $1,200

NTUC hargai langkah pemerintah, seru majikan swasta terus jaga pekerja dalam masa sukar
Nov 28, 2020 | 05:30 AM



SERAMAI 2,400 pegawai perkhidmatan awam bergaji rendah akan mendapat bayaran sekali sebanyak $1,200, walaupun tidak akan menerima bonus akhir tahun sebagaimana pegawai perkhidmatan awam lain.



Keputusan itu dibuat dengan menimbangkan pertumbuhan negatif ekonomi Singapura, yang dijangka jatuh 6 hingga 6.5 peratus untuk ini.



Demikian menurut satu kenyataan Divisyen Perkhidmatan Awam (PSD) semalam.



PSD berkata bayaran sekali itu bertujuan memberi sokongan kepada pekerja bergaji rendah, terutama pada tempoh sukar ini.



Menurut PSD, sekitar 85,000 kakitangan perkhidmatan awam tidak akan mendapat bonus akhir tahun.



"Sektor awam bersatu dengan warga Singapura lain dalam sekitaran ekonomi mencabar ini. Selepas berunding rapat dengan kesatuan sekerja sektor awam, pemerintah memutuskan tiada komponen gaji berubah-ubah tahunan (AVC) bagi pegawai perkhidmatan awam tahun ini.



"Ini bermakna, tiada AVC sepanjang tahun ini, selepas mengambil kira AVC pertengahan tahun yang tidak diberi," kata PSD.



Menurut perangkaan awal Kementerian Tenaga Manusia (MOM), jumlah warga dan Penduduk Tetap (PR) yang tidak bekerja juga meningkat dalam suku ketiga tahun ini.



Semua pekerja masih akan menerima Elaun Tahunan Tidak Berpencen (NPAA) atau bonus bulan ke-13 sebanyak sebulan gaji.



"Pegawai kami bertungkus lumus dalam menjalankan tugas, dan bekerja keras dalam tempoh beberapa bulan dalam usaha menghadapi Covid-19.



"Pemerintah juga menghargai kerja keras semua pegawai perkhidmatan awam.



"Usaha memerangi Covid-19 berterusan dan perkhidmatan awam akan terus bekerja keras bersama warga dan pihak berkepentingan dalam menghadapi pandemik dan kesan ekonominya.



"Kita akan menghadapinya bersama dan bangkit lebih kukuh," kata PSD.



Timbalan Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Cham Hui Fong, berkata kesatuan menghargai langkah pemerintah memperkenalkan bayaran sekali yang diberi kepada pegawai bergaji rendah.



"Memandang ke hadapan, NTUC dan kesatuan sektor awam akan terus bekerjasama dengan PSD untuk mempertingkat kemahiran pegawai perkhidmatan awam.



"Kami juga akan bekerjasama dengan agensi pemerintah untuk mengubah industri terjejas oleh Covid-19 serta mempertingkat produktiviti pekerja," katanya.



Encik Cham menambah bahawa NTUC berdiri padu bersama tenaga kerja Singapura dan menyeru syarikat dalam sektor swasta supaya terus menjaga pekerja mereka dalam masa sukar ini, dengan lebih banyak perhatian terhadap mereka yang bergaji rendah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >