Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

242 disiasat polis berhubung 600 penipuan libatkan mangsa hilang $7.2j

Jan 15, 2022 | 05:30 AM



POLIS menahan 242 orang untuk disoal mengenai peranan mereka dalam kira-kira 600 penipuan melibatkan lebih $7.2 juta.



Mereka - 149 lelaki dan 93 wanita - dipercayai penipu atau keldai wang, belum ditangkap secara rasmi tetapi sedang membantu siasatan, kata polis dalam satu kenyataan semalam.



Suspek paling muda berusia 15 tahun dan paling tua 75 tahun, kata polis.



Pegawai Jabatan Ehwal Komersial (CAD) dan tujuh divisyen darat polis menahan kesemua suspek itu dalam beberapa operasi selama dua minggu dari 1 hingga 13 Januari.



Skim yang disiasat termasuk penipuan cinta Internet, penipuan e-dagang dan penipuan pancingan (phishing) data berkaitan bank.



Penipuan perbankan menjadi perhatian baru-baru ini.



Sekurang-kurangnya 469 orang ditipu oleh mesej teks kononnya daripada OCBC Bank yang memasukkan mereka ke laman web yang kelihatan seperti halaman log masuk bank itu.



Mereka kehilangan $8.5 juta secara keseluruhan selepas memasukkan butiran mereka, sekali gus menyerahkan akaun mereka kepada penipu.



Tidak diketahui apakah orang yang ditahan polis itu terlibat dalam penipuan tersebut.



Kesalahan menipu membawa hukuman penjara hingga 10 tahun dan denda.



Jika disabitkan kesalahan pengubahan wang haram, seseorang itu boleh dihukum penjara hingga 10 tahun, denda hingga $500,000, atau kedua-dua hukuman.



Jika disabitkan kesalahan menjalankan perniagaan menyediakan sembarang jenis perkhidmatan pembayaran tanpa lesen di Singapura, ia boleh membawa hukuman denda tidak lebih $125,000, penjara tidak lebih tiga tahun, atau kedua-dua hukuman.



Polis berkata: "Untuk mengelak daripada menjadi rakan subahat jenayah, orang ramai harus sentiasa menolak permintaan orang lain yang hendak menggunakan akaun bank atau talian telefon bimbit mereka, kerana mereka akan bertanggungjawab jika ini dikaitkan dengan jenayah."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >