Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

2,463 kes Covid-19 baru di S’pura

Jan 22, 2022 | 11:59 PM




Sebanyak 2,463 kes Covid-19 baru dilaporkan di Singapura pada Sabtu (22 Jan),  menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam perkembangan hariannya. 



Kadar pertumbuhan jangkitan Covid-19 mingguan adalah pada 2.64, susut sedikit daripada 2.70 pada hari sebelumnya. 



Kadar itu merujuk kepada nisbah kes masyarakat bagi sepanjang minggu lalu berbanding minggu sebelumnya. Perangkaan melebihi satu menunjukkan jumlah kes mingguan baru yang semakin meningkat.



Daripada jumlah keseluruhan itu, 873 dikesan menerusi ujian tindak balas rantai polimerase - yang terdiri daripada 636 kes tempatan dan 237 kes import.



Lagi 1,590 kes dikesan menerusi ujian pantas antigen (ART) dan dinilai oleh seorang doktor sebagai mempunyai gejala sederhana dan berisiko rendah. 



MOH mula menyertakan kes yang dikesan menerusi ART sejak kemas kini yang diberikan pada Jumaat. 



MOH turut melaporkan satu kematian, tetapi ia tidak memberikan butiran lanjut. 




Sejauh ini seramai 847 pesakit telah meninggal dunia akibat Covid-19 di Singapura. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >