Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

$25 bilion diketepi bagi pertingkat penyelidikan, inovasi

Dec 12, 2020 | 05:30 AM



SINGAPURA akan memperuntuk dana sebanyak $25 bilion bagi satu pelan penyelidikan, inovasi dan perusahaan buat tempoh lima tahun akan datang, satu pelaburan penting yang akan membantu Singapura mengatasi Covid-19 dan bangkit lebih kukuh.



Mengumumkan pelan Penyelidikan, Inovasi dan Perusahaan 2025 (RIE2025) itu semalam, Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat berkata pandemik Covid-19 itu telah mempercepat trend teknologi dan perubahan struktur yang akan membentuk semula ekonomi sedunia serta mewujudkan cabaran baru bagi masyarakat.



"Sains, teknologi dan inovasi penting untuk mengatasi Covid-19 dan membolehkan kita bangkit lebih kuat," ujar Encik Heng yang juga pengerusi Yayasan Penyelidikan Nasional (NRF).



Beliau membentangkan pelan itu dalam satu sidang media yang turut dihadiri Menteri Pendidikan Lawrence Wong, Menteri Kemampanan dan Sekitaran Grace Fu, Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing serta Menteri Perhubungan dan Penerangan S Iswaran.



Pelan itu akan memberi tumpuan kepada empat bidang utama termasuk kesihatan, kemampanan, ekonomi digital dan perkilangan, dengan sokongan kukuh bagi penyelidikan asas.



Malah, satu pertiga daripada dana itu akan diperuntuk bagi penyelidikan asas yang manfaatnya mungkin tidak dapat dilihat secara jelas segera.



Dana $25 bilion yang diperuntuk di bawah pelan itu juga membentuk 1 peratus daripada Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) Singapura.



Ini serupa dengan komitmen negara ini bagi pelan penyelidikan Singapura sebelum ini. Bahkan, jumlah pelaburan awam Singapura dalam bidang penyelidikan juga setara dengan ekonomi maju kecil lain seperti Sweden dan Denmark.




Laporan lanjut :






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >