Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

25 cedera selepas dua MRT bertembung di Joo Koon

Nov 15, 2017 | 10:52 AM



SATU keretapi SMRT telah bertembung dengan keretapi yang tidak bergerak berhampiran stesen MRT Joo Koon sekitar 8 pagi paga 15 November, mencederakan 25 orang, termasuk dua staf SMRT.



 



 



Mengulas tentang kemalangan di Stesen MRT Joo Koon, SMRT dalam kenyataan Facebooknya, menjelaskan bahawa kereta api yang menuju ke arah Stesen Tuas Link telah berhenti di Stesen Joo Koon pada 8.18 pagi.



Kereta api kedua pula berhenti di belakang kereta api awal yang rosak itu sekitar 8.19 pagi. Pada 8.20 pagi, kereta api kedua tiba-tiba bergerak tanpa sebarang isyarat dan melanggar kereta api pertama.



23 penumpang dan dua kakitangan MRT cedera ringan dan dihantar ke Hospital Ng Teng Fong dan Hospital Universiti Nasional. SMRT dan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) sedang menyiasat  kejadian ini.



SMRT dan LTA berkata kesemua yang cedera telah dihantar ke Hospital Ng Teng Fong dan Hospital Universiti Singapura (NUH).



"SMRT dan LTA sedang menyiasat insiden ini," kata kenyataan itu.



 





East-West Line update 11:18am 15 Nov'17 This morning at 8.18am, a train heading in the direction of Tuas Link Station...


Posted by SMRT on Tuesday, 14 November 2017



 



Dalam kenyataannya di Facebook, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata kebanyakan penumpang mengalami kecederaan ringan.



Menurut SCDF, ia diberitahu tentang insiden itu sekitar 8.33 pagi.





[Incident near Joo Koon MRT Station] At 8.33 am, SCDF was alerted to an incident near Joo Koon MRT station. SCDF...


Posted by Singapore Civil Defence Force on Tuesday, 14 November 2017



Menurut penumpang yang menerbitkan pandangan mereka tentang insiden itu di media sosial, beberapa penumpang dalam keretapi yang bergerak terjatuh apabila pertembungan berlaku.



Insiden itu telah menyebabkan khidmat keretapi di laluan Timur-Barat terganggu.



*Kami sedang berusaha mendapatkan laporan terkini mengenai berita ini.  Sila hubungi kami menerusi www.facebook.com/BeritaHarianSG/ jika anda menyaksikan atau turut terjejas kerana insiden ini.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >