2.5 juta kertas undi, dokumen pilihan raya 2020 dihapus
LEBIH 2.5 juta kertas undi dan dokumen lain yang digunakan semasa pilihan raya umum tahun lalu telah dibakar Sabtu (16 Jan), sebagai sebahagian proses memastikan rahsia undi.
Kotak-kotak yang ditutup rapi mengandungi kertas undi dan dokumen tersebut telah dibawa pada 8.05 pagi daripada peti besi di Mahkamah Tinggi ke Loji Pembakaran Tuas South.
Di bawah undang-undang, peti undi harus ditutup dan disimpan dalam jagaan yang selamat selama enam bulan setelah dihitung pada akhir pengundian.
Ia kemudian dihapuskan di hadapan saksi - termasuk calon pilihan raya daripada pelbagai parti, ejen mereka serta pegawai jabatan pilihan raya - untuk memastikan undi kekal rahsia.