Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

2.5 tan barang dapur diagih kepada penduduk flat sewa

Kerja amal CarbootSG Charity Drive anjuran Rangkaian M Kuasa Tiga, M3@Jalan Besar dan kumpulan relawan Ghifari & Friends dan The Jumaat Initiatives
Jan 02, 2022 | 05:30 AM



MENGAGIHKAN sekitar 2.5 tan barangan dapur kepada penduduk flat sewa di kejiranan Upper Boon Keng Road bukan satu tugas yang mudah.



Namun kerja amal CarbootSG Charity Drive anjuran Rangkaian M Kuasa Tiga, M3@Jalan Besar dan kumpulan relawan Ghifari & Friends dan The Jumaat Initiatives tetap diteruskan.



Ia melibatkan lebih 100 relawan yang membawa lebih 15 kenderaan yang sarat dengan pelbagai barangan bantuan seperti beras, minyak, gula, biskut, mi dan barang keperluan lain.



Secara keseluruhannya, lebih 200 keluarga memerlukan meraih manfaat daripada pengagihan semalam.



Salah seorang relawan yang telah mengorbankan cuti pagi hari pertama tahun baru ialah pemandu bebas, Encik Muhammad Elfisahri Saibi, 36 tahun, yang membantu mengagihkan sekitar 1 tan bungkusan beras - iaitu 200 bungkusan beras seberat lima kilogram kepada penerima.



"Kalau bukan sekarang, bila lagi kami nak membantu mereka?" kata beliau, merujuk kepada niatnya memulakan tahun baru dengan kerja amal.



Beliau turun padang bersama anaknya, adik perempuan dan suami dengan van mereka.



Para penerima perlu mematuhi langkah jarak selamat Covid-19 semasa beratur di kolong Blok 19, Upper Boon Keng Road.



Sejurus selepas mendaftar, mereka menerima baucar Sheng Siong bernilai $10 hasil sumbangan Masjid Haji Mohd Salleh serta kertas pendaftaran yang mencatat unit flat mereka.



Penerima kemudian dibawa ke tempat letak kenderaan bagi mendapatkan barang dapur yang mereka perlukan seperti beras, minyak, gula, biskut, mi dan barang keperluan lain.



Setiap penerima mendapat barangan dapur bernilai kira-kira $80.



Relawan akar umbi dari Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Kelab Masyarakat (CC) Geylang West, MAEC Kolam Ayer Kolam Ayer CC, Pasukan Geylang West Care dan Jawatankuasa Penduduk (RC) Upper Boon Keng pula membantu mengagihkan barang keperluan tersebut kepada penduduk yang tinggal sendirian selain golongan kurang upaya.



Anggota Parlimen GRC Jalan Besar, Dr Wan Rizal Wan Zakariah, yang hadir semasa acara itu pagi semalam berkata:



"Tujuan program hari ini adalah untuk memberi penduduk keyakinan bahawa mereka tidak ketinggalan dan supaya mereka tahu akan kehadiran kami (M3) yang akan membantu mereka."



Namun lebih penting adalah untuk pihak M3 mendekati penduduk dan menjadi pendamping kepada mereka yang memerlukan serta keluarga mereka.



"Ini supaya kami tahu cabaran-cabaran yang mereka ada, dan kami dapat membantu mereka dengan lebih baik.



"Misalnya, tidak semua memerlukan makanan, kerana mungkin ada yang menghidapi penyakit tertentu memerlukan jenis makanan yang khusus.



"Jadi lebih penting untuk kami tahu keperluan mereka secara khusus agar bantuan yang dihulurkan adalah lebih baik," ujar Dr Wan Rizal.



Beliau berkata pihak M3 bersama dengan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) serta Pertubuhan Perkhidmatan Sosial (SSO) akan menghulurkan bantuan kepada penduduk rumah sewa yang mempunyai aspirasi memiliki flat sendiri.



Penganjur bersama acara itu serta pengasas syarikat Hifari Event Management, Encik Mohd Razib Ibrahim, berkata:



"Kami rasa berbesar hati dapat membantu hari ini dan tiada penerima yang meninggalkan tempat ini dengan tangan kosong.



"Jumlah yang kami agih hari ini adalah dua kali lebih besar berbanding pengagihan yang kami selalu adakan, dan kami akan teruskan usaha ini sekurang-kurangnya sekali setiap bulan di pelbagai kawasan undi di serata Singapura."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >