Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

250 jemaah kini dibolehkan di tempat ibadah bawah Fasa 3

Dec 28, 2020 | 05:30 AM



KAPASITI maksimum bagi upacara keagamaan di rumah ibadat dinaikkan kepada 250 sedang Singapura melangkah memasuki Fasa Tiga pembukaannya.



Ini berbanding jumlah maksimum 100 yang dibolehkan sebelum ini.



Mengumumkan perkara itu dalam kenyataan kelmarin, Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) menambah upacara yang melibatkan persembahan langsung juga dibolehkan, bertepatan dengan peraturan keselamatan yang ditetapkan.



Kenyataan itu menambah bagi sesi berjemaah melebihi 50 orang, jemaah perlu diasingkan kepada zon berbeza yang tidak melebihi 50 orang bagi setiap zon.



Selain itu, upacara dan kegiatan agama lain seperti kelas agama boleh dijalankan dengan syarat kumpulan itu tidak melebihi 50 orang, termasuk guru dan ini tertakluk kepada had 150 orang di tempat tersebut.



Badan-badan agama harus menyerahkan rancangan pengurusan selamat mereka termasuk pengerahan tenaga manusia, sekurang-kurangnya tiga hari sebelum memulakan kegiatan Fasa Tiga.



Menyusuli pengumuman itu, beberapa masjid yang dihubungi Berita Harian berkata mereka giat membuat persiapan menyambut lebih ramai jemaah dan memastikan langkah-langkah keselamatan dijaga dengan baik.



Dengan kapasiti maksimum yang dinaikkan, masjid-masjid kini boleh mengadakan solat Jumaat dengan sehingga 250 jemaah setiap sesi dengan sehingga 50 jemaah di setiap zon berdasarkan ruang masjid.



Menurut Pengerusi Masjid Darul Ghufran, Encik Muhammad Faizal Abdollah, selain mempersiap menyambut lebih ramai jemaah bagi solat Jumaat, masjid itu juga kini merancang membuka ruang aktiviti harian seperti kelas agama dan kelas madrasah mingguan.



"Kami masih lagi dalam perbincangan untuk membuka lebih banyak ruang untuk meneruskan aktiviti harian yang sebelum ini dijalankan, dan ini tertakluk kepada perancangan keselamatan yang diluluskan," katanya.



Katanya, dengan lebih banyak aktiviti yang mungkin dijalankan di masjid, pihaknya harus berkomunikasi dengan jemaah mengenai keperluan membuat tempahan dan keselamatan yang harus mereka ikuti jika mereka berada di masjid.



Encik Faizal turut berkata pihak masjid meminta kerjasama setiap individu supaya semua aktiviti dapat dijalankan dengan selamat dan teratur.



Pengerusi Masjid Al Iman, Encik Mohamad Rafi Eusope, berkata masjid itu merancang meneruskan beberapa kegiatan agama fizikal, termasuk kelas agama dan kuliah harian dan program aLIVE.



Namun, jemaah yang ingin menghadiri kuliah harian perlu membuat tempahan dalam talian dan tempat memang terhad.



Encik Rafi juga berkata pegawai dan relawan masjid juga telah dilatih dan mempersiapkan diri menerima lebih ramai jemaah ke masjid terutama sekali pada waktu solat Jumaat.



"Kami memerlukan lebih ramai relawan untuk bantu terutama pada waktu solat Jumaat memandangkan lebih banyak zon boleh dibuka bagi menampung maksimum 250 jemaah pada satu-satu masa," katanya.



Beliau juga menambah pihak masjid akan meneruskan langkah keselamatan sedia ada dan terus berada dalam keadaan berjaga-jaga.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >