Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

250 masuk SG dari dua penerbangan pertama skim VTL diperluas

Kawalan pergerakan setiba mereka di dewan ketibaan Changi amat ketat
VTL
Oct 21, 2021 | 05:30 AM



SEKITAR 250 penumpang daripada dua penerbangan pertama di bawah skim Laluan Perjalanan bagi Orang Sudah Divaksinasi (VTL) diperluas tiba di Singapura semalam.



Pesawat Singapore Airlines (SIA) SQ329 dari Belanda mendarat di Lapangan Terbang Changi sekitar 6.45 pagi dengan sekitar 80 penumpang, lapor akhbar The Straits Times.



Sekitar satu jam setengah kemudian, pesawat SQ317 dari London mendarat dengan sekitar 170 penumpang.



Pesawat dari Belanda itu berangkat dari Amsterdam sekitar 11.30 pagi waktu tempatan, atau 5.30 petang waktu Singapura, kelmarin.



Tinjauan akhbar itu di Terminal 3, terminal pesawat itu mendarat, mendapati kebanyakan penumpang tiba sendirian atau berpasangan.



Terdapat sekurang-kurangnya tiga keluarga yang mempunyai anak yang keluar dari pesawat itu.



Bilangan penumpang Asia dan Kaukasia agak seimbang.



Kawalan pergerakan setiba mereka di dewan ketibaan amat ketat dan penumpang kelihatan diarah menuju ke sebuah kawasan yang dilarang dimasuki orang umum.



Mereka dilihat diarah oleh kakitangan lapangan terbang yang memakai pakaian perlindungan pakai sekali, pelitup dan sarung tangan untuk menjalani ujian Reaksi Rantaian Polimerase (PCR), sebelum diarah ke kawasan naik teksi atau kenderaan lain bagi aturan pengangkutan mereka meninggalkan lapangan terbang.



Ahli keluarga dan teman yang berada di lapangan terbang untuk menyambut mereka diminta menunggu di kawasan berasingan.



Selepas menemui penumpang, mereka yang memandu kenderaan sendiri dikehendaki menggunakan salah satu daripada dua lif - yang tidak boleh digunakan oleh orang awam lain - untuk pergi ke tempat letak kereta.



Hanya tiga individu kelihatan berada di kawasan menunggu itu apabila tinjauan akhbar itu antara 6.35 pagi dengan 7.50 pagi semalam.



Antara penumpang dari Belanda ialah mereka yang mengatur semula penerbangan mereka sebelum ini, setelah mendapati Singapura telah memperluas skim VTL yang membolehkan mereka melakukan perjalanan tanpa kuarantin.



Ada daripada mereka berkunjung ke sini untuk menghadiri urusan keluarga mendesak, seperti kematian ahli keluarga.



Belanda antara lapan negara baru disertakan oleh Singapura di bawah skim VTL mulai kelmarin.



Negara lain ialah Amerika Syarikat, Canada, Denmark, Perancis, Italy dan Sepanyol.



Sebelum ini, laluan VTL dibuka kepada Jerman dan Brunei pada 8 September.



Laluan VTL membolehkan orang sudah divaksinasi menaiki pesawat tertentu untuk memasuki Singapura tanpa kuarantin.



Namun, mereka perlu mendapatkan ujian PCR sebelum berangkat dan setiba di Lapangan Terbang Changi.



Negara-negara berkenaan juga telah membuka sempadan mereka untuk dikunjungi pengunjung dari Singapura tanpa kuarantin.



Pada 15 November, Singapura akan melancarkan VTL dengan Korea Selatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >