Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:10
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

250 murid prasekolah, keluarga diperkenal kepada sains komputer

Dec 09, 2017 | 05:30 AM



MEREKA adalah anak kecil yang baru saja mengenal dunia.



Namun, murid prasekolah daripada Skool4kidz telah membuktikan bahawa tiada usia yang terlalu muda bagi memulakan pembelajaran, termasuk pembelajaran tentang sains komputer.



Menerusi gerakan Hour of Code yang disertai oleh Skool4Kidz, seramai 250 murid prasekolah dan anggota keluarga masing-masing diperkenalkan kepada bidang sains komputer.



Usaha itu membuktikan bahawa sesiapa sahaja - tanpa mengira usia - boleh belajar ilmu pengekodan serta membangunkan kemahiran dalam pemikiran, pengiraan dan penyelesaian masalah secara aktif.



Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Desmond Lee, menghadiri acara finale Hour of Code itu di Skool4Kidz Campus @ Yishun di 61 Yishun Avenue 11 semalam.



Encik Lee yang juga Menteri Kedua Pembangunan Negara, menyaksikan kanak-kanak prasekolah itu menyelesaikan masalah menggunakan permainan teknologi yang boleh diprogramkan bagi mengatasi cabaran yang diberikan oleh guru mereka.



Skool4Kidz merupakan prasekolah pertama di Singapura yang menganjurkan Hour of Code.



Hour of Code yang diadakan di 13 pusat prasekolah Skool4Kidz di sini disokong oleh Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) sebagai kegiatan yang boleh membantu kanak-kanak menggunakan teknologi untuk meneroka, menguji kaji, menganalisa dan menyelesaikan masalah selain mengenali teknologi dengan lebih dekat.



Dalam usaha menggapai masa depan digital, kemahiran utama seperti ini akan membina asas sebuah masyarakat yang memanfaatkan kaedah digital dalam kehidupan mereka setiap hari, dengan orang ramai yang dapat membuat pembaharuan dan membina huraian secara kreatif untuk menangani masalah dan menyumbang secara sosial.



Hour of Code merupakan gerakan global yang bermula pada 2013 sebagai program selama sejam untuk memperkenalkan sains komputer.



Ia bertujuan menunjukkan bahawa sesiapa sahaja boleh belajar asasnya dan bagi memperluas penyertaan orang ramai dalam bidang sains komputer.



Ia kini merupakan satu usaha sedunia dan telah berjaya menjangkau lebih 100 juta pelajar di lebih 180 negara.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >