Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

25,000 individu, termasuk PMET dipadan dengan kerja tahun lalu

Feb 20, 2021 | 05:30 AM



SEKITAR 25,000 individu, termasuk 60 peratus golongan karyawan, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET), mendapat pekerjaan baru tahun lalu menerusi khidmat pemadanan kerjaya yang disediakan pemerintah dan pergerakan buruh. Ini merupakan peningkatan kira-kira 25 peratus berbanding dengan 2019.



Lebih 13,000 individu juga mendapat pekerjaan baru setelah menjalani program pertukaran kerjaya, kata Tenaga Kerja Singapura (WSG) dan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dalam kenyataan bersama semalam.



Mengulas mengenai perangkaan itu, Menteri Tenaga Manusia Josephine Teo berkata ini menunjukkan daya tahan pasaran kerja Singapura meskipun dilanda pandemik Covid-19.



"Secara keseluruhan, kemampuan kami untuk membantu lebih ramai orang mendapat pekerjaan sepanjang 2020 menunjukkan daya tahan tenaga kerja kita dan juga orang ramai yang tidak putus asa dalam mencari pekerjaan," katanya, bercakap dengan wartawan semasa mengadakan kunjungan ke acara temubual kerja anjuran Tenaga Kerja Singapura (WSG) di Kelab Masyarakat Tampines Changkat semalam.



Sekitar 60 kerja ditawarkan bagi jawatan PMET dan bukan PMET.



Dalam kenyataanya bagi mengongsi Laporan Keadaan Pekerjaan ke-18 itu, WSG dan MOM berkata usaha pemadanan kerja yang dilakukan bersama Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i) NTUC sepanjang tahun lalu telah dipertingkat untuk mendekati lebih ramai orang.



Keutamaan pemerintah kekal untuk membantu warga Singapura memelihara pekerjaan atau beralih ke pekerjaan baru, ujarnya.



Untuk menyokong Pakej Pekerjaan dan Kemahiran SGUnited, WSG dan e2i telah mempertingkat usaha untuk mendekati masyarakat supaya pemohon kerja tahu tentang saluran yang ada.



Selain itu, WSG dan e2i NTUC turut memberikan sokongan lebih kuat kepada individu yang lebih sukar mendapat pekerjaan.



Sekitar 34,000 pemohon kerja, termasuk dua pertiga golongan PMET, meraih manfaat khidmat bimbingan kerjaya khusus tahun lalu.



Menurut laporan itu, 80 peratus daripada golongan ini menganggur, 60 peratus berusia 40 tahun dan ke atas, sementara 40 peratus mencari pekerjaan selama sekurang-kurangnya enam bulan.



Dalam beberapa tahun lalu, sekitar 60 peratus individu yang mendaftar bagi bimbingan kerjaya sedemikian mendapat pekerjaan dalam enam bulan tetapi sebahagian pemohon kerja memerlukan lebih banyak masa kerana rintangan mencari pekerjaan, kata WSG dan MOM.



LAPORAN LANJUT: Lebih yakin mohon kerja lepas bantuan Tenaga Kerja Singapura




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >