Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

25,000 pelajar dapat manfaat dari projek 'Share-A-Textbook'

Dec 13, 2020 | 05:30 AM



SERAMAI sekitar 25,000 pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah mengambil buku teks mereka semalam, menjelang pembukaan tahun baru sekolah bulan depan.



Di bawah keutamaan projek 'Share- A-Textbook' FairPrice, golongan pelajar berusia antara tujuh dengan 16 tahun ini dijemput memilih buku teks yang disumbang orang awam melalui pusat sumbangan di lebih 77 kedai FairPrice di seluruh pulau.



Lebih 500,000 buku teks dikumpulkan tahun ini, kata Pegawai Eksekutif Kumpulan Fairprice Group, Encik Seah Kian Peng, yang turut hadir di pelancaran pengedaran projek 'Share-A- Textbook' di Arena @ Our Tampines Hub semalam.



Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, juga hadir sebagai tetamu kehormat acara.



Keutamaan diberikan kepada penerima manfaat semalam, yang disenaraikan organisasi khidmat sosial dan Majlis Pembangunan Masyarakat, sebelum akses diberikan kepada orang awam mulai hari ini hingga 16 Disember.



Tempoh pengedaran tahun ini dilanjutkan kepada lima untuk memudahkan pengumpulan buku teks dengan mematuhi langkah pengurusan selamat Covid- 19.



Pada tahun-tahun sebelumnya, ia diadakan selama dua hari.



Encik Seah berkata: "Walaupun keadaan Covid-19 yang telah membuat program mendekati masyarakat lebih mencabar, kami terdorong bahawa sokongan bagi projek 'Share-A-Textbook' kekal kuat.



"Tahun ini, kami terus mengumpul lebih 500,000 buku teks dan mereka akan memanfaatkan golongan kurang bernasib baik dan masyarakat sambil pada masa yang sama, menggalakkan usaha kemampanan dan kitar semula."



Selama enam minggu lalu, lebih 1,800 sukarelawan - daripada rakan kongsi masyarakat dan sekolah-sekolah - bersama kakitangan FairPrice dan orang awam, mengambil bahagian dalam mengumpul, mengasing dan mengatur buku teks.



Sepanjang 38 tahun projek 'Share- A-Textbook' dikelolakan, edisi tahun ini menarik bilangan sukarelawan tertinggi, kata FairPrice dalam kenyataannya semalam.



Pengasingan buku teks tahun ini dilakukan dalam kumpulan kecil, akibat pandemik Covid-19, dan semua sukarelawan disediakan pek penjagaan merangkumi pelitup, tisu basah, sarung tangan dan sanitiser tangan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >