Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

25,000 peluang kerja sambil belajar dalam tenaga bersih, bandar hijau ditawar

Mar 04, 2021 | 05:30 AM



SEBANYAK 25,000 peluang bekerja sambil belajar ditawarkan kepada pelajar dalam jurusan teknologi perhubungan, kecerdasan buatan serta yang berhubung tenaga bersih dan pengurusan bandar hijau di institut pengajian tinggi sejak 2019.



Memberikan maklumat bagi tahun akademik 2019/2020 di parlimen semalam, Menteri Kedua Pendidikan Mohamad Maliki Osman berkata bilangan peluang sedemikian lebih daripada memadai untuk memenuhi permintaan.



Menambah, beliau berkata institut pengajian tinggi (IHL) di sini memberi tumpuan kuat terhadap peluang kerja sambil belajar dan kenal suai industri bagi pelajar yang menyokong pembelajaran di bilik darjah.



Ini dilakukan bagi semua sektor dan kurus, termasuk dalam jurusan khas seperti teknologi hijau, pertanian di bandar dan kecerdasan buatan (AI), ujar Dr Maliki.



"IHL di sini bekerjasama rapat dengan rakan kongsi industri untuk membentuk dan mengadakan peluang sedemikian, yang biasanya memberikan kredit (yang boleh digunakan bagi gred keseluruhan) untuk memastikan pembelajaran bermutu bagi pelajar mereka.



"Kita terus meraih manfaat daripada kadar kerelaan yang tinggi daripada pertubuhan yang bekerjasama dengan IHL untuk mengambil pelajar bekerja," kata Dr Maliki.



Memberi contoh, Dr Maliki syarikat-syarikat sedemikian termasuk Edible Garden City, SolarGy, Shopee, Singtel dan IBM.



Selain peluang bekerja sambil belajar, IHL juga bekerjasama dengan rakan kongsi industri untuk menganjur projek yang mendedahkan pelajar kepada kerja sebenar dalam jurusan ini, termasuk menerusi ceramah dan wisata ke syarikat-syarikat tertentu, kata Dr Maliki.



Sebagai contoh, kata Dr Maliki, Universiti Nasional Singapura (NUS) menganjurkan ceramah yang melibatkan industri relevan dan mengadakan pertandingan yang merangkumi topik seperti kemampanan, yang dilakukan oleh rakan kongsi industri seperti Schneider Electric, Ecolab dan Tata Consultancy.



Dr Maliki berkata, usaha seperti ini menunjukkan kepada pelajar peluang kerjaya yang ada dan trend dalam industri.



Satu lagi contoh ialah program Bandar Masa Depan di Politekni Ngee Ann.



Menerusi program tersebut, rakan kongsi industri memberikan pelajar peluang untuk mencuba sendiri teknologi bagi masa depan, kata Dr Maliki.



Moovita, syarikat sofwe baru mula yang menyediakan huraian bagi kenderaan tanpa pemandu antara syarikat yang menyertai program ini.



"Menerusi program itu, program meraih manfaat menerusi pembelajaran amali dan juga mendapat pengetahuan lebih baik mengenai industri," kata Dr Maliki.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >